web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15: Saingan 6 Penjuru Di Parlimen Padang Serai

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 1:04PM

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Datuk Abdul Bari Abdullah (tiga, kiri) ketika mengumumkan enam calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen P.017 Padang Serai di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, yang ditangguhkan pengundiannya sebelum ini berikutan kematian seorang calon, menyaksikan pertembungan enam penjuru selepas proses penamaan tamat 10 pagi ini.

Saingan itu melibatkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C Sivaraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan Hamzah Abd Rahman (Pejuang).

Dua lagi pencabar adalah Mohd Bakhri Hashim mewakili Warisan dan calon Bebas Sreanandha Rao.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Datuk Abdul Bari Abdullah pada 10.45 pagi di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom.

Mohamad Sofee, yang baru diumumkan semalam sebagai calon PH tiba di Pusat Penamaan Calon kira-kira jam 8.30 pagi tadi, manakala semua calon lain yang telah sah dinamakan pada 5 November lepas turut hadir bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan susunan nama pada kertas undi.

Bagaimanapun, calon Warisan tidak hadir bagi proses cabutan undi itu dan ia tidak menjejaskan peluang beliau untuk bertanding memandangkan pencalonan beliau telah disahkan sebelum ini.

Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.

Mohamad Sofee, 47, yang juga seorang peguam menggantikan calon PH sebelum ini, M Karupaiya, 69, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan pada 16 November lalu.

Setiausaha PH Kedah itu sebelum ini juga pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil pada Pilihan Raya Umum ke-14.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember berikutan kematian Karupaiya.

Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili PH menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK DUN Nenggiri Buka Tirai Hari Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan