web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama PH-BN: Tiada Syarat Tak Masuk Akal - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 3:38PM

“Kami menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, keterangkuman dan perpaduan,” kata Anwar Ibrahim pada sidang media di sini hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada syarat tidak masuk akal diberi oleh Barisan Nasional (BN) bagi mendapatkan sokongan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan awal bersama kepimpinan BN hanya menyentuh soal kepentingan menubuhkan kerajaan yang stabil. 

“Tidak ada campur tangan sama sekali terhadap isu-isu pertuduhan (mahkamah) sekarang atau yang dijangkakan.

“Kami menekankan kepentingan tadbir urus yang baik, keterangkuman dan perpaduan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Anwar Ibrahim optimis kedua-dua pihak akan dapat membentuk kerajaan yang lebih telus dan demokratik demi kepentingan rakyat - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim optimis kedua-dua pihak akan dapat membentuk kerajaan yang lebih telus dan demokratik demi kepentingan rakyat - Gambar oleh Azim Rahman

Turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. 

Anwar yang juga Presiden PKR menambah, beliau optimis kedua-dua pihak akan dapat membentuk kerajaan yang lebih telus dan demokratik demi kepentingan rakyat. 

Menurutnya, beliau juga berpuas hari kerana perbincangan PH-BN bertumpu kepada keperluan mewujudkan kerajaan yang stabil serta inklusif bersama rakyat dan wilayah. 

“Kita letak keutamaan dasar pemerintahan untuk memacu ekonomi yang meyakinkan. Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan dan komitmen ditunjukkan,” katanya. 

Beliau memberitahu, kedua-dua pihak mengutamakan isu penting bagi kerajaan baharu iaitu kestabilan untuk bawa negara ke depan. 

“Saya juga gembira kerana fokus kita adalah ekonomi yang akan 'stagnant' dalam beberapa tahun akan datang,” katanya. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan