web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naib Ketua UMNO Bahagian Seluruh Negara Tuntut 5 Perkara, Tolak Kerjasama PH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 10:50PM

Naib Ketua UMNO Bahagian (NKUB) seluruh negara menuntut kepimpinan parti itu mengambil lima tindakan segera berhubung kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Naib Ketua UMNO Bahagian (NKUB) seluruh negara menuntut kepimpinan parti itu mengambil lima tindakan segera berhubung kekalahannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), termasuk mendesak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan itu.

Pengerusi Naib Ketua UMNO Bahagian Malaysia, Datuk Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan sebagai menunjukkan tanggungjawab terhadap kekalahan memalukan itu, malah lebih teruk daripada PRU-14. 

Katanya, penolakan menerusi kekalahan itu jelas menunjukkan rakyat bimbang keadaan UMNO yang dipimpin dan ia terpaksa diambil kira, bagi meletakkan semula kepercayaan serta mengembalikan UMNO di hati mereka.

 Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan sebagai menunjukkan tanggungjawab terhadap kekalahan memalukan itu, malah lebih teruk daripada PRU-14 - Gambar Fail
Muhammad Anuar Mohd Yunus berkata, sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid perlu meletak jawatan sebagai menunjukkan tanggungjawab terhadap kekalahan memalukan itu, malah lebih teruk daripada PRU-14 - Gambar Fail

“Tuntutan ini mengambil maklum berhubung kesan daripada ketidakcekapan pimpinan UMNO dalam menguruskan perjuangan dan usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti, mengakibatkan BN tewas teruk PRU-15. 

“Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan penuh tawaduk demi sayangnya kepada parti dan perjuangan agama, bangsa serta negara, menyatakan pendirian dan menuntut tindakan serta merta kepimpinan tertinggi parti,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, tuntutan kedua adalah menolak sebarang perbincangan dan usaha menyatukan UMNO-Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH). 

Jelas Muhammad Anuar, pihaknya percaya dengan asas perjuangan UMNO selama ini menegak syiar agama dan perjuangan masa depan Melayu serta Bumiputera, justeru persefahaman dengan PH yang didakwa dikuasai DAP adalah suatu pengkhianatan paling besar. 

Tegasnya, pihak yang bersekongkol dengan usaha kerjasama berkenaan perlu ditolak parti.

“Tuntutan ketiga adalah bagi meminta Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagai tanda beliau bertanggungjawab atas kekhilafan strategi dan calon dipertaruhkan BN. 

Tuntutan ketiga adalah bagi meminta Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagai tanda beliau bertanggungjawab atas kekhilafan strategi dan calon dipertaruhkan BN - Gambar Fail
Tuntutan ketiga adalah bagi meminta Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagai tanda beliau bertanggungjawab atas kekhilafan strategi dan calon dipertaruhkan BN - Gambar Fail

Muhammad Anuar berkata, kegagalan Mohamad mengotakan beberapa janjinya termasuk mengekalkan penyandang Ahli Parlimen dan kriteria ‘winnable acceptable likeable’ yang diuar-uarkan, mengakibatkan berlaku defisit kepercayaan penyokong serta rakyat secara keseluruhan. 

“Selari dengan kenyataan medianya sebelum ini bahawa akan melepaskan jawatan andainya BN tewas, hendaklah dikotakan,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi tuntutan keempat, semua pemimpin UMNO yang jelas dilihat dekat di hati rakyat diberikan tempat serta-merta di dalam kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO (MKT). 

“Mereka yang jelas menjadi perhatian rakyat melalui pertambahan majoriti kemenangan yang ketara dan merampas kembali kawasan yang sebelum ini tewas, terutama di bandar. 

“Tidak ketinggalan bagi yang mereka yang merobek kubu lawan dengan majoriti begitu besar walau kalah, harus ditempatkan di dalam barisan kepimpinan tertinggi parti. Langkah ini sebagai ekspresi bahawa UMNO mengambil maklum kehendak dan suara mereka,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, menerusi tuntutan kelima, pihak berkenaan harus meneliti kembali pola kekalahan BN di kawasan kubu kuatnya. 

“Malangnya mereka dinafikan untuk kembali bertanding sehingga BN akhirnya tewas di kawasan berkenaan, maka mereka harus diberikan tempat dan peranan di dalam pucuk pimpinan parti bagi menunjukkan apresiasi parti terhadap isyarat rakyat,” katanya. - Getaran, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

4

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar