web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#PRU15 - PN Catat Pencapaian Mengagumkan Pada PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:02AM

Perikatan Nasional (PN) telah mencatat pencapaian mengagumkan untuk ‘menceroboh’ kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi parti yang pernah kehilangan ahli dan Ahli Parlimen, Perikatan Nasional (PN) mencatat pencapaian mengagumkan untuk ‘menceroboh’ kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dengan jumlah semasa 72 kerusi Parlimen diperoleh PN mengikut kiraan Bernama, PAS setanding PH yang kini mempunyai 75 kerusi. Sehingga jam 2.45 pagi, sebanyak 210 daripada 220 kerusi Parlimen sudah dikira oleh agensi berita tempatan itu.

PN, iaitu parti yang komponen utamanya adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS, menyapu bersih ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis dengan majoriti besar. Kemenangan PN berkemungkinan dibantu keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memecat penyandang veteran parti itu sebagai calon.

Kemenangan PN berkemungkinan dibantu keputusan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memecat penyandang veteran parti itu sebagai calon - Gambar Fail
Kemenangan PN berkemungkinan dibantu keputusan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memecat penyandang veteran parti itu sebagai calon - Gambar Fail

Kerusi Arau ditandingi mantan ‘warloads’ UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket PN, menyaksikan majoriti 23,216. Majoriti PN di Padang Besar ialah 12,514 dan di Kangar, 9,192.

Di peringkat negeri, PN juga memperoleh 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis dengan meninggalkan hanya satu kerusi, iaitu Indera Kayangan kepada PH.

PN juga merampas kerusi Parlimen Selangor utara yang pernah menjadi kawasan UMNO, seperti Sabak Bernam dengan majoriti 5,056, Sungai Besar dan Tanjong Kajang. Ia juga mengambil alih kerusi PKR Hulu Selangor.

Kerusi Arau ditandingi mantan ‘warload’ UMNO,  Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket PN, menyaksikan majoriti 23,216 - Gambar Fail
Kerusi Arau ditandingi mantan ‘warload’ UMNO, Shahidan Kassim yang bertanding atas tiket PN, menyaksikan majoriti 23,216 - Gambar Fail

Di Johor, Pengerusi PN dan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007. Gabungan itu juga memperoleh kerusi Mersing dengan majoriti 2,337 undi mengatasi BN, pesaing terdekatnya.

Manakala di Pahang, PN mengambil alih kerusi BN di Jerantut, Kuala Krau, Maran dan Rompin, selain Kuantan, iaitu kerusi PH sejak tahun 2008. Penyandang Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang melompat daripada PKR untuk membentuk BERSATU menerusi Langkah Sheraton, mengekalkan kerusi itu dengan 8,399 undi.

Naratif PN dalam kempen PRU-15, menunjukkan dirinya sebagai alternatif kepada BN dan PH serta ini mungkin diterima pengundi Melayu yang kecewa dengan Ahmad Zahid dan tidak menyokong Anwar.

PAS, iaitu komponen PN yang bertanding menggunakan logo sendiri di Kelantan dan Terengganu yang menjadi negeri pentadbirannya, turut memenangi kesemua 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan kesemua lapan kerusi Parlimen di Terengganu. - The Vibes, 20 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

3

Politik 2 tahun yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad