web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Pada 7 Disember, Penamaan 24 November

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 4:41PM

Pilihan Raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah tidak akan diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok, sebaliknya ditetapkan pada 7 Disember depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah tidak akan diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) esok, sebaliknya ditetapkan pada 7 Disember depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 November, manakala hari mengundi awal pada 3 Disember.

Beliau berkata SPR menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai pada Rabu, berhubung kematian calon Pakatan Harapan (PH) M. Karupaiya pada hari sama.

“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November hingga pukul 11.59 malam 6 Disember,” katanya.

Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka dari 18 November dan ditutup pada 22 November.

Bagi maksud Hari Penamaan Calon PRU-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Abdul Ghani berkata calon-calon yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi, untuk menentukan giliran pada kertas undi.

“Manakala, bakal-bakal calon baharu yang ingin bertanding hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon, yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di pusat penamaan calon yang ditetapkan SPR,” katanya.

Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU).

Abdul Ghani berkata bagi menjalankan proses PRU-15 bahagian pilihan raya Parlimen berkenaan, SPR telah melantik Pegawai Daerah Kulim Datuk  Abdul Bari Abdullah sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan dibantu oleh enam penolong pegawai pengurus.

Beliau berkata seramai 2,468 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan, manakala sebanyak 46 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi (saluran) dan satu pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi dua tempat mengundi (saluran) akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi (saluran),” katanya.

Abdul Ghani berkata PRU-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.6 juta.

Beliau berkata Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Okt akan digunakan untuk pilihan raya itu, yang mengandungi seramai 133,867 orang pemilih yang terdiri daripada 133,776 pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“SPR menyarankan semua yang terlibat dan hadir pada hari mengundi, hari penamaan calon serta semua urusan pilihan raya untuk memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mensanitasi tangan,” kata Abdul Ghani.

Karupaiya, 69, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Padang Serai dimasukkan ke hospital Hospital Kulim pada Isnin, selepas rebah ketika berkempen akibat serangan jantung dan meninggal dunia pada 2.27 petang Rabu lepas.

Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Datuk C. Sivaraajh (BARISAN NASIONAL), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN), Datuk Azman Nasrudin (PERIKATAN NASIONAL) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU-15 esok.

Pada PRU-14, Karupaiya menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad