web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mencemarkan Islam, Anwar Kecam Retorik Perkauman PAS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 8:27PM

Anwar berkata taktik ekstrem yang digunakan komponen PN itu hanya memburukkan persepsi terhadap Islam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penggunaan retorik perkauman secara berulang kali oleh PAS akan merosakkan imej Islam di kalangan penganut agama lain, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas beliau, taktik ekstrem yang digunakan komponen Perikatan Nasional (PN) itu hanya memburukkan persepsi terhadap Islam.

“Saya rasa PAS mencemarkan imej Islam dengan menimbulkan ketakutan dalam diri masyarakat beragama lain,” kata Presiden PKR itu dalam pertemuan eksklusif bersama The Vibes.

“Saya ditanya mengapa terlalu keras terhadap PAS, tapi kenapa saya perlu bertolak ansur atau membenarkan tindakan mereka, sedangkan parti itu memiliki persepsi songsang dan ekstrem terhadap Islam?”

Minggu lalu, klip video Ketua Pemuda PAS Sik, Shahiful Nasir yang mendakwa penyokong BN dan PH akan dimasukkan ke neraka jika mengundi kedua-dua gabungan tersebut tersebar luas di media sosial.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kemudiannya membuat laporan polis ke atas Shahiful.

Anwar yang juga calon Perdana Menteri PH turut mendedahkan bagaimana PAS tidak pernah berusaha untuk menghentikan naratif berbentuk ugutan atau tidak sensitif, jauh berbeza dengan pendekatan diambil mereka satu ketika dahulu.

“Perkauman dalam PAS semakin menjadi-jadi. Pada pilihan raya umum (PRU) 2004 dan 2008, PAS adalah komponen kepada sebuah gabungan yang berbilang kaum, jadi retorik perkauman itu tidak begitu ketara,” katanya.

“Dalam pilihan raya terdahulu juga (penggunaan sentimen perkauman PAS) tidak begitu ketara, namun kini ia amat menyerlah.”

Pada PRU 2004, PAS, PKR, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung di bawah panji Barisan Alternatif.

Gabungan tersebut kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 dan membentuk asas PH, tidak termasuk PAS.

Anwar berkata, ketika PAS ghairah mencipta permusuhan dari kalangan minoriti, PH pula akan berusaha meyakinkan pengundi tanpa mengira agama atau bangsa untuk menerima visi dan inisiatif yang bakal dilaksanakan jika berjaya menguasai Putrajaya.

“Apa agenda PAS? Tiada. Kita perlukan kestabilan tapi kestabilan apa yang PAS perjuangkan? Apakah kestabilan untuk menyeleweng berbilion ringgit?” soalnya.

“Apa yang akan kami tawarkan ialah kestabilan (yang membenarkan) pertumbuhan ekonomi, dan pada masa sama menangani isu kemiskinan dan ketidaksamaan, sekali gus membantu menjadikan Malaysia destinasi yang berupaya menarik perhatian pelabur.”

Anwar berkata, PH selaku satu-satunya agenda masyarakat majmuk akan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat dan gabungan berkenaan adalah satu-satunya pilihan untuk pengundi yang jelak dengan unsur prejudis keagamaan.

“Pengundi tidak banyak pilihan. Kita tidak boleh terima UMNO atau BERSATU yang memberi keutamaan hanya kepada Melayu,” katanya.

Pada PRU-15, Anwar bakal bertanding di Parlimen Tambun, dan berdepan saingan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (BERSATU), Datuk Seri Aminudin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (PEJUANG).

Tarikh PRU-15 ditetapkan pada Sabtu ini. - The Vibes, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 56 minit yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad