web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Palsu, Fitnah, Khairy Nafi Hantar Mesej Kritik Tok Mat, PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 6:50PM

Khairy akan membuat laporan kepada SKMM tentang perkara itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menafikan beliau ada menghantar mesej mengkritik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Khairy menegaskan mesej yang memaparkan nama pengirim ‘Boss KJ’ itu adalah palsu dan berunsur fitnah.

Malah katanya, satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenai perkara itu.

“Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah black ops, ‘source: trust me bro’ macam ni. Laporan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr Bigger balls ini.

“Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh #KJ4SB,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Terdahulu, tangkap layar mesej tersebut mula tersebar dan didakwa sebagai perbualan antara penyandang Parlimen Rembau itu bersama seorang daripada pegawainya.

Mesej itu mengandungi arahan kononnya Khairy mengarahkan individu terbabit untuk menamatkan hayat politik Mohamad (Tok Mat) yang bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Malah dalam mesej yang tular itu, Khairy didakwa memerlukan tempoh lima tahun untuk menggantikan Ismail Sabri, calon Perdana Menteri BN.

Mesej itu turut menyatakan individu terbabit dijanjikan jawatan Setiausaha Politik sekiranya Khairy menjadi Perdana Menteri.

Tangkap layar itu dimuat naik seorang pengguna Twitter sekitar 16 jam lalu.

Bagaimanapun semakan Getaran mendapati status berkenaan sudah dipadamkan.

Umum mengetahui Khairy terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal, bagi memberi laluan kepada Mohamad bertanding di situ.

Pada PRU-15, Menteri Kesihatan itu diletakkan sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh yang juga kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

Beliau berdepan saingan tujuh penjuru menentang calon PH, Datuk R Ramanan, Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Mohd Yusoff (PEJUANG), Ahmad Zuflis Faiza (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri.

Pada PRU-14 yang lalu, Parlimen Sungai Buloh dimenangi penyandangnya, R Sivarasa dengan majoriti 26,634 undi. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam