web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN, PN Dijangka Bergabung Sebagai Kerajaan Selepas PRU-15 - Takiyuddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 1:53PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melabelkan PAS sebagai ‘parti lebai’ dan menolak sebarang dakwaan bahawa kedua-dua parti akan membentuk kerajaan gabungan pasca pilihan raya, parti Islam itu sendiri mengambil pendekatan berdamai.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, BN dan Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan mewujudkan pakatan untuk membentuk kerajaan.

Katanya, ia berlaku sekiranya kedua-dua parti itu tidak mendapat sokongan mencukupi untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15, Sabtu ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Takiyuddin berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan Persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain, termasuk BN. Apa yang pasti kita tidak menerima Pakatan Harapan (PH) walaupun perlu gabungan.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU-15, mungkin selepas (PRU-15) kita boleh wujudkan hubungan itu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini, namun saya yakin BN akan terima. Perbincangan dulu sudah ada, tetapi ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Ceramah Perdana PRU-15 di Kampung Kubang Kiat di sini, lewat malam tadi.

Sebelumnya, Takiyuddin yang juga calon Parlimen Kota Bharu memaklumkan, PRU-15 adalah pilihan raya paling getir buat rakyat.

Jelasnya, berdasarkan kajian penganalisis politik, tiada mana-mana parti akan memperoleh 112 kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya perlu bergabung dengan mana-mana parti.

Terdahulu, Ahmad Zahid menegaskan, tidak akan ada sebarang bentuk rundingan antara BN dan PAS.

Menurutnya, ia adalah susulan sikap pemimpin PAS yang sering berubah-ubah dalam menentukan pendirian, selain turut menggunakan ayat al-Quran dan hadis ditafsir mereka sendiri.

Sikap itu, katanya, membuatkan BN memilih untuk bergerak solo pada PRU-15 dan yakin komponen itu juga dapat membantu parti berkenaan kembali memerintah negara.

“Kita jangan pedulikan ‘pak lebai’ bersama kita (BN) atau tidak, pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain. Dia kata kita durian mentah belum masak, ingat pak lebai ada durian tak cukup masak gugur, takut kena kepala pecah.

“Apabila ada situasi politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa baharu, bila nak salahkan orang keluar.

“Guna ayat al-Quran dan hadis yang maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai, bertaubatlah cepat,” katanya. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad