web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Johari Mahu Fokus 4 Isu Utama Titiwangsa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 8:28PM

Johari Abdul Ghani memberi jaminan akan memfokus kepada empat isu besar di kawasan Parlimen Titiwangsa jika dipilih sebagai Ahli Parlimen - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon ‘heavyweight’ Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi jaminan akan memfokus kepada empat isu besar di kawasan tersebut jika dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Menurut beliau, ia merangkumi segala perkara berkaitan Kampung Baru, Flat Pekeliling, Pasar Chow Kit dan Pasar Keramat yang disifatkan sebagai isu pokok di Parlimen tersebut.

Atas faktor ini tegasnya, pengundi perlu memilih wakil rakyat yang arif dengan permasalahan setempat dan berkeupayaan untuk mencari jalan penyelesaian pada kadar segera.

Johari Abdul Ghani menegaskan pengundi perlu memilih wakil rakyat yang arif dengan permasalahan setempat dan berkeupayaan untuk mencari jalan penyelesaian pada kadar segera
Johari Abdul Ghani menegaskan pengundi perlu memilih wakil rakyat yang arif dengan permasalahan setempat dan berkeupayaan untuk mencari jalan penyelesaian pada kadar segera

“Setakat ini, sentimen pengundi yang saya jumpa ada positive vibes kepada saya, namun undi hanya berlaku pada 19 November. Kita (pengundi) syok hari ini, tapi (esok) kita tukar fikiran sebab ada orang cakap macam itu, macam ini.

“Jadi kita terus tanamkan pemikiran bahawa kita nak wakil rakyat yang boleh ke depan dan belakang, bersama kita selesaikan masalah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Flat Sri Terengganu, hari ini.

Tegas beliau, rakyat bukan sahaja memerlukan kerajaan yang kukuh malah bertanggungjawab dan mampu menunaikan janji dibuat.

“Kita tidak mahu janji nak hapus tol, harga minyak RM1.50, mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan janji sejuta peluang pekerjaan tapi tidak dilakukan.

“Pengundi tidak boleh ditipu untuk kali kedua,” katanya.

Johari Abdul Ghani di Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Flat Sri Terengganu, hari ini
Johari Abdul Ghani di Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Flat Sri Terengganu, hari ini

Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Johari bakal dicabar mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, Pengerusi Badan Perhubungan PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Dr Rosni Adam yang mewakili PN.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU-14.

Rina menewaskan Johari yang memperoleh sebanyak 19,701 undian manakala calon PAS, Mohamad Noor Mohamad hanya memperoleh 6,845 undi. - Getaran, 13 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad