web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Rancang Namakan Khairy Bakal PM?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 11:40AM

Khairy baru-baru ini menyatakan keinginannya untun menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adakah calon MCA di Bandar Tun Razak mendedahkan Barisan Nasional (BN) ada rancangan kononnya Khairy Jamaluddin bakal muncul sebagai pemimpin kanan di Putrajaya?

Semasa forum membincangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Datuk Chew Yin Keen mendedahkan bahawa gabungan itu sudah mempunyai rancangan untuk bakal Perdana Menteri pada masa hadapan.

Beliau menegaskan pada masa ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal untuk jawatan tertinggi sekiranya BN memperoleh kemenangan pada pilihan raya kali ini.

Ketua MCA Bahagian Bandar Tun Razak itu kemudiannya mencadangkan Khairy, yang bertanding di Sungai Buloh, akan menjadi pemimpin seterusnya untuk mengambil alih kerusi panas di Putrajaya.

“BN mempunyai ciri-ciri perdana menteri dalam Khairy. Kami mempunyai rancangan penggantian. Kami bukan sahaja mempunyai satu (nama) tanpa sebarang rancangan penggantian. Itu amat penting,” katanya semasa program Ruang Bicara Bahas anjuran Bernama, semalam.

Yin Keen mengulas kenyataan rakan panelnya, Khalid Abdul Samad dari Parti Amanah Negara (AMANAH) mengenai spekulasi, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu mentadbir Putrajaya.

Komen itu dibuat beberapa hari selepas Khairy sendiri mengaku berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

Khairy berkata, walaupun boleh menunggu untuk ia berlaku, beliau tidak akan mengambil masa terlalu lama untuk merealisasikan impiannya.

Namun calon BN Sungai Buloh itu menegaskan Ismail Sabri kekal pilihan BN untuk jawatan tertinggi dalam pilihan raya kali ini.

Timbul spekulasi dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Zahid meletakkan dirinya untuk mengambil alih jawatan itu walaupun perjanjian awal untuk mengekalkan status quo.

Terdahulu dalam forum itu, Khalid berkata, sebagai sebahagian daripada kempennya untuk memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa, beliau sentiasa mengingatkan pengundi bahawa sebarang undi untuk BN bermakna undi untuk Zahid, slogan dilaungkan Pakatan Harapan (PH) sepanjang minggu ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, undi untuk calon Perikatan Nasional (PN) bermakna sokongan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali berkuasa.

Muhyiddin merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sehubungan itu, Khalid berkata, adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengundi calon PH, kerana ini akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya berpeluang untuk mentadbir negara.

“Berdasarkan rekod prestasinya, kami menganggap Anwar adalah yang terbaik,” katanya sambil menekankan kepentingan mengundi gabungan itu bagi memastikan isu rasuah dan ketirisan dapat diperbaiki bagi memastikan ekonomi lebih baik untuk rakyat.

Mengenai perkara ini, Yin Keen berkata, ekonomi telah "jatuh" di bawah pentadbiran PH, dengan rakyat terpaksa menderita akibat penindasan.

Tambahnya, PN yang menggantikan PH pada 2020, juga telah membuktikan parti itu sebagai kerajaan gagal.

Sebagai perbandingan, beliau berkata, adalah jelas untuk melihat sejauh mana prestasi ekonomi semasa BN memerintah.

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang tawa ahli panel lain.

Selain Yin Keen dan Khalid, ahli panel itu terdiri daripada calon Parti Bangsa Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Datin Che Asmah Ibrahim wakil Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Sepang. - The Vibes, 12 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad