Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Beri Peluang Kepada PN, Kami Tiada Rekod Tipu Rakyat - Abdul Hadi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 9:15PM

Abdul Hadi Awang - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedia ‘ditendang’ rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sekiranya gagal mentadbir negara dengan baik jika terpilih sebagai kerajaan Persekutuan selepas PRU-15.

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan tersebut khususnya PAS terbukti bersih daripada sebarang salah laku rasuah di negeri yang ditadbir.

Tegas beliau, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ada masalah masing-masing, terutamanya dalam isu salah laku ketika mentadbir negara.

“BN (ada) masalah dia, PH (ada) masalah dia, oleh itu beri peluang kepada PN untuk mentadbir dan memerintah negara (selepas PRU-15).

“Beri peluang kepada kami untuk (satu) penggal, lihat apa kami buat. Kalau (kami) buat tak betul, tolak kami di PRU-16. Bukan payah (susah) sangat. Beri peluang dulu kepada kami dan kami tak ada rekod menipu rakyat,” katanya dalam ucapan di Majlis Santai Petang Bersama Calon PN Parlimen Titiwangsa, Dr Rosni Adam di Desa Pandan, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, PAS dan PN sudah membuktikan bahawa pentadbirannya bersih daripada sebarang salah laku berdasarkan track record mentadbir kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Katanya, PAS mentadbir Kelantan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1959 hingga 1978 dan kali kedua pada tahun 1990 sehingga sekarang, namun tiada kes rasuah berlaku membabitkan pimpinannya.

“Di Terengganu, pada tahun 1959 hingga 1961 tak ada rasuah tak ada salah laku dan pada kali kedua iaitu pada 1999 hingga 2004 juga tiada rasuah tiada salah laku. Sejak 2018 hingga sekarang juga sama.

“Begitu juga dengan Kedah, dua kali (mentadbir) pada tahun 2008 dan kali kedua juga tiada salah laku,” katanya.

Tegas beliau, PN hanya mahu memberikan kestabilan kepada negara disebabkan pentadbiran sebelum ini tidak pandai mengurus negara dengan baik.

“Jangan takut kepada parti PAS parti Islam ini. Jangan takut, kita wujudkan keamanan, puak-puak itu yang tak pandai uruskan (hal negara). Beri kepercayaan kepada kami,” katanya. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Politik 2 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia-Qatar Sepakat Tingkat Kerjasama Pelaburan -PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad