web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: GRS Umum Calon 13 Kerusi Parlimen Di Sabah, BN Umum 11

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 5:34PM

Hajiji Noor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan calonnya bagi 13 kerusi Parlimen di Sabah yang akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) manakala Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon di 11 kerusi.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan perkara itu dalam majlis sama di sini hari ini, memperlihatkan tiada pertembungan berlaku antara dua rakan kerjasama dalam mentadbir kerajaan Sabah itu.

Hajiji dan Bung Moktar tidak mengumumkan calon kerusi Parlimen Beluran yang disandang Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan namun Bung Moktar ketika berucap berkata satu kerusi Parlimen masih dalam perbincangan tanpa menamakan kerusi itu.

Hajiji berkata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) bakal mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu.

Beliau berkata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri mempertahankan Parlimen Keningau manakala Timbalan Menteri Dalam Negeri Kedua Datuk Jonathan Yasin daripada Bersatu mempertahan Parlimen Ranau.

Pengumuman Hajiji itu menyaksikan GRS diwakili enam calon daripada Bersatu, PBS (4), STAR (2), Parti Maju Sabah (SAPP) (1) manakala Timbalan Menteri Kewangan Kedua Datuk Yamani Hafez Musa dari Bersatu tidak mempertahankan kerusi Parlimen Sipitang.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri mengumumkan mempertahankan Parlimen Kinabatangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kembali bertanding di Kota Belud yang dipegangnya selama dua penggal sebelum bertanding dan tewas di Sepanggar pada PRU-14.

Dua Timbalan Menteri mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing iaitu Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya di Pensiangan manakala Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Mohamad Alamin daripada UMNO di Kimanis.

Bung Moktar juga mengumumkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna Abd Aziz Mohd Ibno akan bertanding mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya yang diadakan serentak dengan PRU-15.

Pengumuman Bung Moktar itu juga menyaksikan 10 calon BN adalah daripada UMNO, manakala satu calon daripada PBRS.

GRS dianggotai Bersatu, PBS, STAR, SAPP dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)  menjalin kerjasama bersama BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan PBRS bagi mentadbir kerajaan Sabah. 

Berikut merupakan senarai penuh calon GRS dan BN di Sabah pada PRU15:

SABAH

P167 Kudat - Datuk Seri Ruddy Awah (GRS-Bersatu)

P168 Kota Marudu - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (GRS-PBS)

P169 Kota Belud - Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (BN-UMNO)

P170 Tuaran - Datuk Joniston Bangkuai (GRS-PBS)

P171 Sepanggar - Datuk Yakub Khan (BN-UMNO)

P172 Kota Kinabalu - Yee Tsai Yiew (GRS-PBS)

P173 Putatan - Datuk Shahelmey Yahya (BN-UMNO)

P174 Penampang - Kenny Chua Teck Ho (GRS-STAR)

P175 Papar - Datuk Armizan Mohd Ali (GRS-Bersatu)

P176 Kimanis - Datuk Mohamad Alamin (BN-UMNO)

P177 Beaufort - Datuk Siti Aminah Aching (BN-UMNO)

P178 Sipitang - Datuk Matbali Musah (GRS-Bersatu)

P179 Ranau - Datuk Jonathan Yassin (GRS-Bersatu)

P180 Keningau - Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (GRS-STAR)

P181 Tenom - Jamawi Jaafar (BN-UMNO)

P182 Pensiangan - Datuk Arthur Joseph Kurup (BN-PBRS)

P183 Beluran - (belum diumumkan)

P184 Libaran - Suhaimi Nasir (BN-UMNO)

P185 Batu Sapi - Mohd Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS-Bersatu)

P186 Sandakan - Lau Chi Kong (GRS-SAPP)

P187 Kinabatangan - Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-UMNO)

P188 Lahad Datu - Datin Maizatul Akmam Alawi (BN-UMNO)

P189 Semporna - Nixon Abdul Hadi (GRS-Bersatu)

P190 Tawau - Lo Su Fui (GRS-PBS)

P191 Kalabakan - Aslan Fadli Samsul Alang (BN-UMNO)

PRK DUN BUGAYA

N66 Bugaya - Abd Aziz Mohd Ibno (BN-UMNO) - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 11 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

2

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

3

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran