web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Belia Anggap TikTok Kempen Sesuai Raih Undi Orang Muda

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 10:29AM

Ciri video TikTok yang walaupun biasanya ringkas dan mudah, ia ‘sangat berpengaruh’ dalam kalangan generasi muda. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli politik yang ingin meraih sokongan pengundi muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh memperolehnya dengan turut mengadakan kempen menerusi platform media sosial TikTok, kata kesatuan pelajar.

Wakil belia itu menegaskan, jika digunakan secara betul, format video pendek TikTok boleh memberikan ahli politik kelebihan dalam kalangan pengundi yang menggunakan platform itu, dengan seramai 17 juta penggunanya dianggarkan di Malaysia setakat awal tahun ini.

Bercakap kepada The Vibes, Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Nur Najwa Hureen Md Majid berkata, walaupun platform media sosial seperti itu tidak menjamin kejayaan seseorang calon, usaha menggunakan TikTok sebagai bahan berkempen menunjukkan komitmen ahli politik untuk menarik perhatian golongan muda.

“Video TikTok adalah inisiatif baik untuk mendekatkan diri dengan belia kerana ia lebih berkesan dan (mesej dalam video) boleh tersebar lebih pantas, sekali gus membolehkan calon semakin dikenali orang ramai.

“Lebih banyak sentimental (isu dan naratif disentuh) oleh parti politik, lebih tinggi peluang mereka untuk memanipulasi keadaan (untuk keuntungan mereka) serta mempengaruhi golongan muda,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa ahli politik ketika ini sekadar mempunyai profil TikTok kerana apa lebih penting, kandungan video mereka mesti menjurus ke arah membangkitkan isu berkaitan dan bukan hanya menyokong calon itu sendiri.

“Jika video itu membincangkan isu atau dakwaan penting di mana (ahli politik) memberikan justifikasi jelas, ini mungkin mengubah naratif dalam kalangan belia untuk mempercayai (apa dikatakan menerusi video), memandangkan orang ramai cenderung untuk meletakkan kepercayaan mereka terhadap video tular.

“Namun, jika ia hanya video seorang ahli politik mempromosi dirinya, ia mungkin tidak begitu memberi pengaruh,” katanya.

Selain itu, beliau berpendapat, pengundi mungkin tidak terlalu memikirkan mengenai siapakah calon akan dipilih pada PRU- 15 kerana mereka sudah membuat keputusan mengenai undi.

“Rakyat sudah tahu parti mana mereka akan undi. Mereka tidak kisah calon mana mewakili parti apa kerana mereka akan mengundi parti tertentu yang disokong mereka,” katanya.

Pegawai Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaim Mustaqim memberitahu The Vibes, cara seseorang calon mempersembahkan dirinya melalui media sosial adalah faktor utama menarik pengundi muda.

“Pada pandangan saya, belia kini tidak lagi mengundi berdasarkan parti.

“Sebaliknya, mereka lebih cenderung memilih (calon) yang ‘mendedahkan’ diri di media sosial dengan bercakap mengenai isu semasa, seperti kesaksamaan jantina, gangguan seksual dan sebagainya,” katanya.

Beliau menambah, ciri video TikTok yang walaupun biasanya ringkas dan mudah, ia ‘sangat berpengaruh’ dalam kalangan generasi muda dengan sebahagian daripada mereka akan menjadi pengundi kali pertama, iaitu pengundi 18 hingga 20 tahun mewakili 1.39 juta (6.5 peratus) daripada 21.17 juta pengundi berdaftar.

“Dengan video lebih pendek dan ringkas, penonton lebih tertumpu kepada perkara utama yang disampaikan individu tersebut.

“Ini berbeza dengan video panjang atau ‘live streaming’ yang memerlukan penonton mengikuti keseluruhan sesi untuk benar-benar memahami perbincangan,” katanya.

Ketika dihubungi The Vibes, beberapa tokoh parti politik berkata, mereka tidak menetapkan syarat supaya setiap calon berkempen di TikTok.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan berkata demikian secara ringkas apabila ditanya sama ada parti masing-masing mengeluarkan arahan untuk ahli mereka membuat akaun TikTok.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengundi kerajaan baharu pada 19 November dengan hari penamaan calon ditetapkan 5 November ini. - The Vibes, 25 Oktober, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran