web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mana-mana Manifesto Parti Politik Lain Sekadar Janji - PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 6:32PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mana-mana manifesto atau bajet dibentangkan parti politik selain Barisan Nasional (BN) selepas ini dilihat hanya sebagai janji yang belum tentu dapat dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan pengalaman lepas, banyak janji manifesto pihak tertentu yang tidak dapat dilaksanakan.

Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan Bajet 2023 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober lalu, iaitu bajet yang sudah mengambil kira semua aspek termasuk kewangan negara.

“Jika diberi peluang mengetuai semula negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kita akan bentangkan (semula bajet) demi kepentingan rakyat termasuk kumpulan penjaja.

“Ini kalau orang lain saya tidak jamin apa yang kita janjikan tadi dapat dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan, bajet yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini telah mempunyai kewangan mencukupi dan boleh terus dilaksanakan kelak.

“Maknanya duit sudah ada, cuma lulus dan dilaksanakan. Itu sahaja.

“Insya-Allah, selepas PRU-15, kalau saya masih diberikan peluang oleh rakyat mengetuai negara, pentadbiran kerajaan ini akan bentangkan semula bajet dan meluluskannya di Parlimen dan seterusnya melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memberi komitmen bahawa permohonan daripada persatuan penjaja akan diluluskan sekiranya kerajaan pimpinannya memerintah semula negara selepas PRU-15. - Getaran, 20 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

TARA 2 tahun yang lalu

Manifesto Adalah Idea, Harapan Dan Masa Depan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Janji Tinggi Melangit, Manifesto Kedah Madani Realistik, Selesai Agenda Tergendala  

4

Politik 2 tahun yang lalu

PH-BN Pulau Pinang Lancar Manifesto Perpaduan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar