Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Janji Tinggi Melangit, Manifesto Kedah Madani Realistik, Selesai Agenda Tergendala  

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 3:52AM

Manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani meletakkan rakyat sebagai keutamaan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani yang realistik dan disusun dengan mengambil kira keperluan rakyat negeri itu bukan sekadar satu janji, tetapi misi menyelesaikan segala agenda tergendala selama ini. 

Menggariskan empat teras utama, manifesto berkenaan mencakupi setiap aspek yang dilihat memainkan peranan sebagai tunjang pembangunan Kedah. 

Meletakkan sasaran membangunkan semula Kedah agar lebih progresif dan berdaya saing, ia diyakini mampu membantu negeri terbabit kembali bangkit. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, negeri yang satu ketika dahulu digelar Jelapang Padi itu memerlukan sentuhan pemimpin berpengalaman agar kembali aman, makmur, berdaya huni dan mapan. 

Menurut beliau, tempoh pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 37 bulan telah meletakkan Kedah dalam keadaan pincang, apabila berdepan pelbagai kegagalan di peringkat dasar, kepimpinan dan urus tadbir. 

“Ia bukan sahaja membebankan rakyat, malah menyebabkan ada generasi yang tercicir dan meningkatkan kesenjangan masyarakat. 

“Kedah turut dibebani krisis perubahan iklim dan terjerat dalam tatakelola kepimpinan yang angkuh serta tidak sopan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi. 

Menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuk menggerakkan pembangunan semula Kedah, Mahdzir atau lebih mesra dipanggil Tok Det memberitahu, jentera Kerajaan Perpaduan Kedah Madani beriltizam untuk sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan. 

Enggan berjanji bulan bintang, Tok Det berkata, integriti, cekap, amanah dan telus dalam usaha membangunkan Kedah adalah ciri utama yang dipastikan wujud dalam barisan kepimpinan negeri. 

Mahdzir Khalid dalam satu ceramah di Baling beberapa hari lalu
Mahdzir Khalid dalam satu ceramah di Baling beberapa hari lalu

“Kami mahu bangunkan Kedah bersandarkan teras yang sudah dirumuskan secara holistik serta rasional, khususnya dari aspek reformasi politik dan ketelusan urustadbir. 

“Teras kedua pula mencakupi perihal pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif, manakala teras ketiga melibatkan tumpuan ke atas pembangunan sosial secara harmoni,” katanya. 

Tegas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu, manifesto terbabit turut memberi tumpuan kepada pengurusan hasil bumi yang mampan. 

Kerajaan Perpaduan Kedah Madani katanya, menawarkan rangka pengurusan ekonomi secara dinamik berdasarkan asas pertanian sedia ada, sumber tenaga terlatih dan sumber semula jadi untuk pembangunan ekonomi negeri yang lebih progresif serta berdaya saing.  

“Bagi memastikan ketelusan ini sentiasa diutamakan, Ketua Pembangkang akan dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Kedah. 

“Jentera pentadbiran negeri juga akan menyusun dan memperkemaskan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar lebih kompeten dan berdaya saing,” katanya. 

Mantan Menteri Besar Kedah itu menarik perhatian, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Menteri Besar dan Exco diwajibkan membuat pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua tahun. 

“Kami juga akan menubuhkan lebih ramai anggota Jawatankuasa Pilihan Khas di peringkat DUN dan memastikan exco kerajaan negeri dibarisi oleh sekurang-kurangnya dua wakil anak muda. 

“Pembentukan generasi muda yang berdaya saing akan mendapat tempat cukup istimewa dalam Kerajaan Perpaduan Kedah Madani, dan ia meliputi setiap aspek diperlukan,” katanya. 

Perumahan 'Rent-to-Own' akan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada keluarga muda memiliki kediaman sendiri - gambar hiasan
Perumahan 'Rent-to-Own' akan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada keluarga muda memiliki kediaman sendiri - gambar hiasan

Memberi jaminan keperluan mereka tidak akan diabaikan, Mahdzir memberitahu, Program Perumahan Sewa-Untuk-Miliki (Rent-to-Own) akan diperkenalkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagi memberi peluang kepada keluarga muda memiliki rumah pertama. 

“Kerajaan Perpaduan Kedah Madani juga akan mewujudkan Rumah Transit kepada anak muda yang layak dengan kadar sewa berpatutan di kawasan strategik. 

“Turut dilaksanakan ialah program perumahan kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik untuk golongan B40 serta M40 di bandar atau pinggir bandar, berasaskan keperluan,” katanya. 

Dalam perkembangan lain Mahdzir berkata, program Kasih Ibu Darul Aman akan diperkenalkan semula untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup melalui pembelian barangan keperluan asas bulanan dan rawatan kesihatan. 

Program itu jelasnya lagi, turut menekankan bimbingan latihan kemahiran dan keusahawanan, selaras dengan usaha Kerajaan Perpaduan dalam menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara. 

“Tumpuan juga akan diberikan kepada usaha menggembleng tenaga bersama agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam menyampaikan dasar bermanfaat kepada rakyat. 

“Ini termasuk golongan pesakit terlantar dan kronik,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 8 bulan yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 8 bulan yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 8 bulan yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Politik 7 jam yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir