web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bubar DUN: MB Pahang Belum Terima Tarikh Menghadap

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 1:30PM

Wan Rosdy Wan Ismail - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata beliau masih belum menerima tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung status Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Belum dapat tarikh ... saya tidak mahu mendahului Tuanku,” katanya ringkas semasa ditanya jika DUN Pahang akan dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ekoran pembubaran Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Traktor kepada Jabatan Pertanian Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, yang berlangsung sebelum persidangan DUN Pahang bermula hari ini.

Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata DUN di bawah pentadbiran BN kecuali Melaka, Johor dan Sabah akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Pahang ditadbir BN selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan BN menang 25 daripada 42 DUN, manakala Pakatan Harapan (sembilan) dan PAS (lapan).

Mengulas mengenai program hari ini, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM3.4 juta bagi membeli 22 traktor untuk membantu petani yang berhadapan dengan kesukaran menyewa traktor bagi menguruskan tanah pertanian mereka.

“Ini merupakan kali pertama kerajaan negeri menawarkan bantuan seumpamanya. Traktor ini akan diletakkan di bawah kendalian Jabatan Pertanian dan mereka yang berhasrat menggunakannya, boleh menyewa pada kadar yang sangat murah,” katanya.

Wan Rosdy berkata 10 daerah di negeri ini, kecuali Cameron Highlands, masing-masing akan menerima dua buah traktor manakala dua lagi diletakkan di pejabat Jabatan Pertanian negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad