web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakan PRU-15 Musim Banjir, Ahmad Zahid Hanya Ingin Gugur Kes - Charles

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 8:29PM

Charles Santiago - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan ketika negara berdepan musim banjir, hanya bermotif kepentingan peribadi semata-mata.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa, desakan terbabit jelas menunjukkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga hanya mahu mendapatkan semula kuasa.  

Dakwanya, apa yang menyedihkan, Ahmad Zahid langsung tidak menyentuh usaha mahu mengambil berat dalam memberi bantuan atau menyelamatkan nyawa, sekiranya berlaku bencana semasa pilihan raya.

“Individu yang pentingkan diri sendiri. Ahmad Zahid tidak bercakap mengenai bantuan atau usaha menyelamatkan nyawa jika banjir berlaku semasa kempen pilihan raya.

“Dia hanya menumpukan kepada menggerakkan jentera pilihan raya dan memenangi kuasa.

“Ahmad Zahid sepatutnya menganjurkan pasukan banjir UMNO bagi membantu orang ramai menyelamatkan diri daripada rumah akibat banjir seperti dilakukan rakyat, bukannya meminta orang ramai untuk mengundi.  

“Bagaimana individu ini boleh dipercayai untuk memimpin sebuah negara? Tak tahu malu,” luahnya menerusi hantaran di Twitter hari ini.

Semalam, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini, Ahmad Zahid berkata, jentera parti itu sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan, isyarat diberikan ahli parti supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata.

Pada hujung tahun lalu, bencana banjir yang melanda beberapa negeri, termasuk di Lembah Klang, dianggar mengakibatkan kerugian sebanyak RM15 bilion kepada ekonomi negara setakat ini.

Hujan lebat yang berlarutan selama dua hari pada Disember lalu itu, mengakibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 20,000 mangsa dipindahkan ke 110 pusat pemindahan sementara (PPS).  

Mengulas lanjut, Charles mempersoalkan sekiranya PRU-15 amat penting buat Ahmad Zahid bagi memastikan sebarang kes disabitkan di mahkamah dapat digugurkan jika UMNO atau BN memerintah.

“Ia (PRU-15) penting walaupun di musim banjir dan penderitaan manusia, jika bukan untuk memastikan Zahid tidak disabitkan kesalahan dan sebaliknya digugurkan pertuduhan sekiranya UMNO menang.

“Jika orang UMNO mengikut rancangan Ahmad Zahid, mereka sepatutnya berasa malu dengan diri mereka sendiri, namun sekiranya mereka mempunyai sedikit kesopanan, mereka harus mencari pemimpin lain,” dakwanya.

Lantaran itu, Charles mengharapkan rakyat membuka mata agar tidak menyokong parti yang hanya mementingkan kuasa, tetapi mengetepikan kebajikan rakyat ketika musim tengkujuh.  

“Undi Ahmad Zahid dan rakan-rakan UMNO dalam PRU-15 akan datang, mereka tidak mengambil berat mengenai kebajikan anda atau kehidupan anda.

“Tidak juga semasa banjir, seperti ditunjukkan Ahmad Zahid dengan jelas,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

3

Semasa 3 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

4

Politik 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad