web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belia India Berhak Dapat Masa Depan Yang Cerah - Vigneswaran

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:17PM

Vigneswaran berucap pada majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan di sini hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belia masyarakat India berhak menikmati masa depan yang lebih baik di negara ini, kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Justeru, Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, berkata hasrat dan usaha MIC adalah untuk membina sebuah masyarakat kaum India yang progresif serta bebas daripada gejala sosial.

“Generasi muda hari ini adalah satu-satu harapan kami untuk hari esok yang lebih baik. Generasi muda kita perlu dibimbing ke arah yang betul.

“Golongan anak muda ini perlu diberi pendidikan serta mendapat sokongan supaya mereka dapat membina masa depan yang lebih baik untuk negara,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Briged MIC Kebangsaan dan Pameran Pencegahan Jenayah, di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Sementara itu, Vigneswaran, berkata dalam usaha merancang dan menentukan hala tuju strategik pembangunan belia india, kerajaan serta pihak-pihak berkepentingan harus melabur lebih banyak dalam masa hadapan belia masyarakat India.

Sebagi permulaan, menurutnya, Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) kini berada dalam peringkat akhir pelaksanaan.

“Kita harus sedar, MIB ini merupakan salah satu kejayaan nyata dalam pembangunan dasar negara untuk masyarakat India,” katanya.

Selain itu, Vigneswaran, berkata Briged MIC Kebangsaan yang dilancarkan pada 30 Mac 2003 adalah institusi untuk belia-belia bermasalah ‘dilahirkan’ semula menjadi insan yang berfaedah kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Katanya, pihaknya telah menggalas tanggungjawab secara serentak serta bersungguh-sungguh dan yakin melalui proses penyediaan mantap dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berkualiti.

“Briged menjadi platform yang terbaik untuk golongan muda terutamanya golongan muda dalam kalangan kumpulan B40 untuk mencatur semula masa hadapan mereka.

“Hasilnya, bukan sekadar beribu-ribu golongan pemuda India mula berjaya dibimbing dan terus diperkasa dalam kegiatan kemasyarakatan, pembinaan sahsiah dan kepimpinan, malah kekuatan politik MIC sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan hak dan kepentingan masyarakat India telah terus terpelihara,” katanya.

Menurutnya, dengan dimensi masalah yang dihadapi masyarakat India, Briged MIC telah menjadi wadah perjuangan Pemuda MIC untuk menyantuni golongan pemuda di seluruh negara pada ketika itu dan mengurangkan kecenderungan mereka daripada terjebak dalam aktiviti jenayah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad