web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rafizi Akan Buat Pungutan Suara Buktikan Rakyat Cemuh Parti Rebut Kuasa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 4:56PM

Rafizi mendakwa, kenyataan presiden UMNO itu menunjukkan terpisahnya beliau serta UMNO dari realiti kehidupan rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan melancarkan pungutan suara awam untuk menunjukkan kepada UMNO, bahawa rakyat mencemuh parti politik yang galak berebut kuasa hingga mengabaikan kebajikan mereka dan persediaan menghadapi banjir.

Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Rafizi mendakwa, kenyataan pemimpin kanan parti itu yang memperlekehkan risiko dan kesengsaraan rakyat, sekiranya PRU-15 diadakan pada musim tengkujuh, menunjukkan terpisahnya beliau serta UMNO dari realiti kehidupan rakyat.

“Dalam tempoh seminggu dari sekarang, saya akan melancarkan pungutan suara secara digital dan kempen siap siaga banjir supaya rakyat boleh menyatakan desakan mereka, agar kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi banjir.

“Tragedi yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa, sepatutnya menjadi iktibar kepada semua parti politik untuk tidak ambil mudah isu perubahan iklim serta bencana alam sekitar yang menimpa rakyat.

“Jika ahli politik seperti Ahmad Zahid masih tidak mengambil iktibar, wajarlah UMNO dan pimpinannya disekolahkan untuk mula belajar mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Keadaan Taman Sri Muda yang dilanda banjir tahun lepas. - Gambar fail
Keadaan Taman Sri Muda yang dilanda banjir tahun lepas. - Gambar fail

Pada masa sama, Rafizi mendakwa, kenyataan Ahmad Zahid itu menunjukkan UMNO seolah-olah lupa kesengsaraan dialami rakyat sejak sedekad lalu akibat bencana banjir.

Dakwanya, dua kejadian banjir besar, iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 2021 dan Baling, Kedah pada tahun ini, tidak terkesan kepada pimpinan UMNO, apatah untuk menginsafkan mereka bahawa kebajikan rakyat perlu diutamakan.

Beliau berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu cukup berbeza dengan nada pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam temu rapat gabungan berkenaan yang berakhir Khamis lalu.  

“Satu daripada kandungan utama ketetapan dicapai dalam temu rapat tersebut ialah agar negeri ditadbir PH mengusahakan langkah bersepadu menangani bencana banjir yang dijangka tiba, termasuklah mengisytiharkan ‘Darurat Bencana Iklim’ untuk mengurangkan musibah kepada rakyat.

“Sementara tumpuan kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, UMNO dan pimpinannya menolak ke tepi risiko banjir dalam kegilaan mereka mendesak PRU-15 diadakan segera, demi mencari kuasa.

“Keangkuhan sebegini tidak wajar dibiarkan berterusan tanpa ada tindak balas dari rakyat,” katanya.

Semalam, ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini, Ahmad Zahid berkata, jentera parti itu sanggup meredah banjir dan hujan lebat, jika PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan, isyarat diberikan ahli parti supaya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat adalah jelas dan nyata. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

4

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar