web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tinjauan Awam: Anwar, Khairy Paling Disukai Sebagai Calon PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 7:52PM

Khairy Jamaluddin dan Anwar Ibrahim mendahului tinjuaan pemimpin paling disukai memegang jawatan Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adalah antara dua personaliti yang mendahului tinjauan berhubung siapakah pemimpin paling disukai untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Berdasarkan tinjauan Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC membabitkan 3,279 pengundi berdaftar di semua Parlimen di Semenanjung itu, sebanyak 16 peratus menamakan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai pemimpin paling layak untuk jawatan tersebut.

Manakala, Ahli Parlimen Rembau itu menduduki tempat kedua dengan 12 peratus sokongan.

Tinjaun tersebut dijalankan bermula 23 Julai hingga 15 Ogos lalu.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan mengikut gabungan politik, pengundi menunjukkan ‘keinginan jelas’ untuk tokoh daripada Barisan Nasional (BN) memegang jawatan orang nombor satu kerajaan itu.

Carta ihsan Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC
Carta ihsan Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC

Secara keseluruhan, sebanyak 46 peratus daripada peserta tinjauan itu, mengundi pemimpin BN untuk menjadi Perdana Menteri, berbanding tokoh daripada gabungan lain.

Tokoh PH hanya memperoleh 24 peratus, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 17 peratus.

Sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO adalah sembilan peratus, manakala mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan memperoleh lapan peratus.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula memperoleh tujuh peratus undian.

Dalam kalangan pemimpin PH, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya menerima lima peratus undian, manakala Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendapat dua peratus.

Tinjauan terhadap Perikatan Nasional (PN), menyaksikan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendapat peratusan sama, iaitu tujuh.

Dalam tinjauan sama, peserta turut ditanya siapakah tokoh terbaik untuk memimpin UMNO dan PKR.

Bagi UMNO, Khairy menerima 23 peratus undian, iaitu tertinggi untuk mengepalai parti tersebut.

Hishamuddin dan Najib pula masing-masing memperoleh 15 peratus undian, manakala Ismail Sabri serta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mendapat 12 dan 11 peratus sokongan.

Sementara itu, bagi PKR pula, Anwar memperoleh majoriti selesa dengan 41 peratus, diikuti Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga anaknya (16 peratus).

Rafizi menduduki tempat ketiga dengan 12 peratus sokongan diikuti Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan 10 peratus undian.

Menurut pusat penyelidikan tersebut, walaupun bilangan peserta rata-ratanya memilih pemimpin BN sebagai Perdana Menteri, kepimpinan PKR kini ‘lebih stabil’ berbanding UMNO.

“UMNO-BN bukanlah pilihan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun PH dan PN nampaknya tidak dapat menjalinkan kerjasama baik untuk pemilihan tersebut.

“Ini kerana perbalahan UMNO ketika ini dan potensi sabotaj dalaman pada PRU-15, mampu memberi kelebihan kepada PH dan sekutunya, melainkan UMNO-BN dapat menyelesaikan isu calon Perdana Menteri yang jelas selepas PRU-15,” katanya.

Pada Julai lalu, Endeavour–MGC menerusi tinjauan berasingan mendedahkan bahawa pengundi berdaftar di Johor yang tidak keluar mengundi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac lalu, sangat memihak kepada BN.

Pusat penyelidikan tersebut juga meramalkan dengan tepat kemenangan besar BN pada PRN tersebut. – The Vibes, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 4 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 13 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad