web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemunculan Momota Di Gelanggang Pastinya Dirindui – Pemain Badminton Dunia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 4:27PM

Pemain badminton perseorangan lelaki Jepun, Kento Momota. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHENGDU - Persaraan juara dunia dua kali dari Jepun, Kento Momota bakal meninggalkan kesan mendalam terutama kepada bintang badminton dunia.

Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini.

Bagi beberapa pemain perseorangan lelaki seperti Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia, H.S. Prannoy dari India dan pemain nombor satu Jepun ketika ini Kodai Naraoka, ketiadaan Momota dari gelanggang akan dirasai.

Meskipun hanya memenangi lima daripada 16 pertemuan dengan Momota, Ginting yang merupakan pemain ranking ketujuh dunia bangga kerana dapat bertarung dengan antara nama besar dalam sukan badminton sekali gus menguji kemahiran dan mencabar diri.

“Pastinya selalu teruja setiap kali kita berdua bertemu di lapangan. Sangat menarik juga permainan dari kami berdua.

“Hal-hal itu pastinya dirindui bukan sahaja saya, malah penggemar badminton seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di sini.

Pemain ranking kesembilan dunia, Prannoy berkata amat malang melihat bekas pemain nombor satu dunia itu bersara awal pada usia 29 tahun.

Pemain berusia 31 tahun itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Momota yang akan menumpukan kepada pertandingan domestik di Jepun dalam usaha memberikan inspirasi kepada pemain muda untuk mengikut jejak langkahnya.

“Sememangnya sedih, beliau (Momota) telah memberikan inspirasi dan menjadi suri teladan kepada ramai pemain muda di seluruh dunia.

“Selamat maju jaya kepada Momota dan saya percaya dia akan membantu ramai anak muda di Jepun dalam beberapa tahun akan datang. Mudah-mudahan kami akan bertemu semula di gelanggang, tetapi mungkin dalam peranan berbeza,” katanya.

Pemain nombor dua dunia, Naraoka yang sentiasa memandang tinggi rakan senegaranya itu  menzahirkan rasa terima kasih atas usaha dan bantuan Momota dalam menjadikan Jepun sebagai antara kuasa besar badminton dunia.

Pada 18 April lepas, Momota mengumumkan persaraan selepas mengakui prestasinya tidak lagi sama sejak kemalangan kereta di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada awal 2020.

Walaupun menjalani latihan fizikal ekstensif selepas kemalangan itu, Momota mengakui sukar baginya untuk kembali ke tahap terbaik.

Pada kemuncak kerjayanya, Momota memenangi 11 gelaran termasuk kejuaraan dunia di Basel, Switzerland pada 2019.

Kecemerlangannya pada 2019 membolehkannya diiktiraf Guinness World Records sebagai perseorangan lelaki dengan kejuaraan terbanyak dalam satu musim. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 42 minit yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad