web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERSATU Sedia Pertahan Kerusi Disandang

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 5:10PM

Mohd Redzuan Md Yusof - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertahankan kesemua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu, jika UMNO kekal mahu meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, parti itu tidak mempunyai pilihan lain selain melawan UMNO di kerusi terbabit.

“Kita akur dengan kedudukan apa yang dilaungkan oleh UMNO. Kita mengulangi kesediaan untuk melawan setiap kerusi seperti mana mereka (UMNO) telah nyatakan untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi Parlimen.

“Yang penting ketika ini Biro Politik Bersatu sedang merangka gerak kerja ke arah itu untuk kita lebih bersedia menghadapi PRU15 dan apa yang diputuskan akan diangkat kepada MPT, untuk diberi pengesahan,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Pak Wan Prihatin di Kampung Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkata, isu berkenaan merupakan antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat MPT semalam, dan ia dibuat selepas meneliti kenyataan dikeluarkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir minggu lepas.

Mengulas sama ada hubungan UMNO dan Bersatu dapat dijernihkan sebelum PRU15, Mohd Redzuan berkata ia bergantung kepada sama ada UMNO boleh memilih kepimpinan baharu yang mengembalikan perjuangan asal parti berkenaan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata MPT Bersatu mengulangi komitmennya untuk memperkukuh kerjasama antara parti-parti anggota Perikatan Nasional yang terdiri daripada PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad