web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Negara Perlukan 'Ramuan' Politik Baharu Utamakan Kepentingan Rakyat - Rais Yatim

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 4:21PM

Rais Yatim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Negara memerlukan ‘ramuan’ politik baharu yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan parti dan bukan berkonsepkan dominan seperti yang wujud sebelum ini, kata tokoh politik veteran Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata parti politik yang bersifat dominan boleh mewujudkan situasi 'bahaya’ dalam perkembangan politik tanah air sehingga akhirnya boleh mengabaikan kepentingan rakyat.

“Bila dah dominan kita akan mendominasi, kita tidak boleh dominasi orang, yang boleh menguasai manusia ialah undang-undang, apa undang-undang kata kita ikut.

“Jadi, tidak perlu ada mana-mana parti dominasi walaupun ahlinya berjuta, sepatutnya lagi ramai ahli kita lagi akur, dan lagi hormat kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Seremban, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada mana-mana pihak boleh mendakwa parti mereka paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkecilkan peranan parti lain selain menyifatkan ia politik lama.

Dalam pada itu, Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara menyifatkan tindakan Muhyiddin yang sedang membangunkan satu gabungan besar parti politik merupakan gagasan keMalaysiaan yang sangat baik untuk diterima.

Ketua BERSATU Bahagian Jelebu itu juga berkata setiap pemimpin parti politik harus mempunyai perasaan sayang kepada negara dan menjelmakan idea yang menyatupadukan kaum di negara ini.

“BERSATU misalnya mempunyai sayap bukan Bumiputera, PAS pula ada sayap bukan Islam ini perkembangan baik jadi rakan-rakan Tionghoa, India dan sebagainya tak perlu susah hati melihat perkembangan sedemikian,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Arkib Negara Malaysia Baik Pulih Rumah Pusaka P Ramlee

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad