web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan PBM Dibincang Dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Mohamad Hasan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 5:28PM

Mohamad berkata, permohonan PBM itu memerlukan persetujuan bersama oleh parti komponen lain. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Keputusan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pertengahan bulan ini, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata beliau ada menerima kunjungan bakal Presiden PBM Datuk Zuraida Kamaruddin di pejabatnya pada bulan lepas yang menyatakan hasrat PBM untuk menyertai BN, namun perkara itu memerlukan persetujuan bersama oleh parti komponen lain.

"Saya ada bertemu dengan Datuk Zuraida di pejabat saya bulan lepas yang menyatakan hasrat parti PBM menyertai BN. Saya telah menyatakan kepada beliau, BN bukan diputuskan oleh seorang sahaja, tetapi keputusannya mesti dibuat secara konsensus.

"Semua pihak dan parti komponen dalam BN bersetuju, baru boleh. Kalau ada satu pihak atau parti tidak bersetuju, ia tidak akan dilakukan. Saya telah minta beliau menulis surat kepada Pengerusi BN berkenaan perkara itu untuk dipertimbangkan dalam mesyuarat BN nanti," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang bermula hari ini sehingga Khamis.

Sementara itu Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata selain PBM, terdapat juga beberapa parti lain turut menyatakan hasrat untuk menyertai BN.

"Dari semasa ke semasa, ada parti yang ditubuhkan menyatakan hasrat untuk menganggotai BN, tetapi kebanyakannya kami minta untuk menjadi rakan BN terlebih dahulu. Kebanyakan parti ini tiada wakil rakyat dan ahli Parlimen, tetapi PBM ini lain sedikit kerana mereka mempunyai wakil rakyat.

"Pertimbangan daripada pelbagai sudut mesti diperhalusi dan kami juga tidak mahu ada pihak lain rasa tidak senang hati jika kami menerima sesuatu parti masuk menjadi anggota BN. Jadi, ia akan dibahas dan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN," katanya.

-- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sukarelawan GSF Malaysia Bicara Tanpa Peguam, Kerajaan Terus Pantau Situasi - Mohamad

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 3 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik