web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Bukan Parti Biasa, Perjuang Suara Rakyat Bawahan - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 9:20PM

Anwar ketika berucap di majlis Temu Anwar di Ampang malam tadi. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - PKR bukan tempat untuk ahli politik yang tidak mahu menyuarakan kepentingan rakyat, atau yang sudah bosan dengan perjuangan membela nasib golongan bawahan.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR bukan sebuah parti biasa yang menjadikan perebutan kuasa atau jawatan sebagai tunjang utama.

Menurut beliau, PKR adalah parti yang menjadikan denyut nadi rakyat bawahan sebagai modus operandi perjuangan dan ia harus diteruskan selagi daya.

“Jika tak pernah merasai derita orang susah, jika tidak pernah turun ke bawah, kalau kita tidak menyuarakan kepentingan rakyat, jangan berani mengakui diri sebagai pejuang.

“PKR bukan parti politik biasa untuk merebut jawatan atau kawasan. Ia adalah parti yang mahu menggabungkan pemerkasaan budaya, negara, ekonomi, muzik dan perfileman,” katanya ketika berucap di majlis Temu Anwar di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, penghibur serba boleh, Datuk Afdlin Shauki, aktor terkenal, Datuk Hans Isaac dan komposer lagu hip hop, Altimet, atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad.

Pada majlis berkenaan, Anwar turut mengumumkan penyertaan Afdlin dan Altimet dalam parti berkenaan.

Mengulas penyertaan dua insan seni itu, Anwar berkata, penyertaan kedua penghibur tanah air itu amat bermakna kerana arena politik negara amat memerlukan suntikan dan dorongan semua pihak termasuk golongan seniman.

“PKR bukan parti politik biasa untuk merebut jawatan atau kawasan. Ia memerlukan pemerkasan budaya, negara, ekonomi dan juga pemerkasan muzik serta perfileman.

“Muzik ini berakar pada budaya, dan bukan plagiat budaya asing semata-mata. Ia ada keperluan tersendiri dalam mendidik masyarakat,” katanya. - Getaran, 1 April 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 6 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad