web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kewibawaan Afdlin Jadi Inspirasi, Bawa Altimet Sertai PKR

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 8:46PM

Altimet - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Kewibawaan penghibur serba boleh, Datuk Afdlin Shauki Aksan menjadi inspirasi buat komposer dan penyanyi hip hop, Altimet untuk menyertai PKR, selaras dengan visi membawa transformasi dalam arena politik negara.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad secara eksklusif memberitahu Getaran, malam ini adalah kemuncak kepada usahanya sejak setahun lalu, dalam melatih diri untuk peka dengan senario politik tanah air.

Beliau berkata, politik membawa kesan yang amat besar kepada pertumbuhan ekonomi negara, khususnya ke atas golongan artis seperti Afdlin dan dirinya sendiri.

“Hiburan adalah kehendak, bukan keperluan, justeru apabila pergerakan ekonomi berada dalam keadaan tidak baik, orang ramai akan mengutamakan keperluan, bukan kehendak.

“Afdlin sememangnya pada saya adalah sumber inspirasi manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, iaitu sosok yang perlu dikagumi kerana kemampuannya untuk berlari jauh,” katanya kepada Getaran.

Altimet yang jelas teruja dapat berada sepentas bersama Anwar, Afdlin, aktor terkenal Datuk Hans Isaac dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu, beliau mengambil masa hampir setahun, sebelum memutuskan untuk menyertai PKR.

“Saya berharap dapat membawa pembaharuan atau transformasi kepada arena politik negara, kerana ia mampu memberi kesan terhadap keadaan serta ‘mood’ negara.

“Saya harap akan memberi kesan positif dan salah seorang yang akan berusaha merealisasikan matlamat ini adalah saya. Saya mahu bawa perbezaan, demi masa depan anak-anak saya,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Altimet yang turut terkenal dengan lirik penuh makna berkata, pelaksanaan Undi 18 sememangnya sesuatu yang amat wajar disegerakan, namun sebarang kelewatan atau penangguhan pastinya memiliki hikmah tersendiri.

“Kita kena sedar, tak semua perkara yang kita mahukan kita akan dapat, mungkin cepat atau lambat.

“Perancang yang terbaik iaitu Allah SWT sudah menetapkan hikmah dan kebaikan tersendiri jika perkara ini lewat dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 1 April 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar