web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanya Wanita UMNO, Bagaimana Mereka Dilayan? – Tajuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 3:58PM

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan bahawa beliau dan beberapa rakan separti prejudis terhadap wanita - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menafikan bahawa beliau dan beberapa rakan separti prejudis terhadap wanita.

Dalam reaksi terhadap komen dibuat Teo Nie Ching (DAP-Kulai) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Anti Gangguan Seksual semalam, Tajuddin menyifatkan tuduhan bahawa beliau, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) terhadap wanita sebagai berniat jahat dan bertujuan mencemarkan nama baik mereka.

“Mereka tak tahu bagaimana kami melindungi wanita, bagaimana kami membantu (wanita).

“Kamu tak tahu bagaimana kami melayan wanita. Kamu boleh tanya Wanita UMNO,” katanya,

Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad itu kemudiannya terlibat dalam perang mulut bersama blok pembangkang selepas berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan wanita.

Sebaliknya jelas Tajuddin, beliau memiliki masalah dengan beberapa ahli wanita DAP yang disifatkan sebagai ‘tidak senonoh’ dan ‘mulut capul’.

Cemuhan Tajuddin terhadap ahli wanita DAP itu menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer yang berulang kali meminta Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut menarik semula kenyataan dibuat.

Permintaan terbabit bagaimanapun tidak diendahkan Tajuddin.

“Apa motif kamu (menggelar saya sexist)? Anda mahu menjatuhkan (imej saya).

“Kami (UMNO) menang semua pilihan raya dan majoriti sayap Wanita menyokong kami.

“Jangan senang-senang sahaja menuduh kami tidak menghormati wanita,” katanya, berang.

Beberapa ahli parlimen kemudian turut sama dalam perang mulut itu dan mendesak Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengenakan tindakan ke atas ayat sexist terhadap pemimpin wanita DAP.

Steven Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) memberitahu Rashid bahawa tindakan harus dikenakan terhadap Tajuddin, kerana percakapan beliau itu jelas bertentangan dengan prinsip akta gangguan seksual dan memberikan contoh buruk kepada semua ahli parlimen.

“Jika anda tidak mengambil tindakan, tidak ada maknanya rang undang-undang yang kita bentangkan sekarang,” katanya.

Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) turut menyelar Rashid dan menuduh beliau bersikap pilih kasih, selepas menggantung Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis.

“Kamu benarkan Pasir Salak buat kenyataan sexist apabila beliau perlu memohon maaf kepada kami,” katanya.

“Beliau (Tajuddin) bebas (tanpa hukuman) tapi jika sesiapa dari pihak kami mengeluarkan kenyataan seumpama itu, pasti kami akan digantung.” – The Vibes, 20 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Saman Fitnah: Mahkamah Perintah Tajuddin Bayar Kos RM120,000 Kepada Khalid, KiniTV

2

Politik 3 tahun yang lalu

Sokong Usaha Malaysia Jadi Peneraju Pengukuhan Sistem Timbang Tara - Wanita UMNO

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tayangan Filem Kontroversi Tidak Boleh Dinormalisasi, Seolah Cuba Promosi Budaya ‘Tak Apa’

4

Politik 3 tahun yang lalu

Wanita UMNO Titiwangsa Nafi Desak Noraini Berundur

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad