Berita Terkini

4 minit yang lalu: Kebakaran di Muar: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian 5 minit yang lalu: Bank Rakyat raih keuntungan sebelum cukai, zakat sebanyak RM1.70 billion 1 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok

IKUTI KAMI


Tayangan Filem Kontroversi Tidak Boleh Dinormalisasi, Seolah Cuba Promosi Budaya ‘Tak Apa’

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 7:04PM

Filem itu jelas bukan sahaja mempunyai unsur tidak wajar untuk tatapan umum masyarakat di negara ini, malah menghina dan memperlekehkan kesucian agama Islam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO menegaskan tayangan filem kontroversi seperti Mentega Terbang tidak boleh dinormalisasikan di negara ini.

Ketua Wanitanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, filem itu jelas bukan sahaja mempunyai unsur tidak wajar untuk tatapan umum masyarakat di negara ini, malah menghina dan memperlekehkan kesucian agama Islam.

“Wanita UMNO mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem kontroversi Mentega Terbang.

“Tayangan cerita seumpama ini seolah-olah cubaan untuk mempromosikan budaya ‘tak apa’ dalam kalangan masyarakat majmuk, khususnya umat Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, impak penyebaran filem itu amat besar kerana ia boleh memesongkan akidah dan mengelirukan umat Islam, terutama anak muda.

Justeru, katanya, kerajaan dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem kontroversi itu.

“Kerajaan juga digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji, memperhalusi dan menambahbaik garis panduan sedia ada serta bentuk penguatkuasaan undang-undang supaya perkara ini tidak berulang.

“Dalam kita hendak menggalakkan industri kreatif di negara ini, perlu ada satu mekanisme jelas sebelum mana-mana filem ditayangkan bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini,” katanya.

Awal hari ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan, pihaknya memandang serius isi kandungan filem Mentega Terbang yang didakwa menghina Islam dan sudah mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan terhadap penerbitan filem berkenaan.

Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran
Dr Md Nasir Ibrahim - Gambar oleh Syeda Imran

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata, proses siasatan yang sedang dijalankan adalah selari dengan Akta FINAS, terutama kepada perkara melibatkan peraturan pengeluaran dan pemameran filem.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak menjurus kepada kandungan filem kerana mana-mana filem yang tidak disiarkan di panggung wayang, tidak tertakluk di bawah bidang kuasa FINAS.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Malah, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati, filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik sebagai berkata, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Kelmarin, SKMM memaklumkan tayangan filem kontroversi itu di platform penstriman, Viu sudah dihentikan pada 27 Februari lalu.

Jelas SKMM, walaupun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana berada di luar bidang kuasanya, suruhanjaya itu sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem berkenaan.

Pada masa sama, katanya, SKMM sentiasa komited bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memantau sebarang kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam. – Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Ugut Krew Mentega Terbang: Polis Buka 2 Kertas Siasatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Patuhi Undang-Undang, Jangan Rosakkan Harta Benda Dan Ancam Nyawa - Fahmi Fadzil

3

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Diugut Bunuh, Kereta Disimbah Cat, Sudah Sampai Masanya Menteri Campur Tangan - Pengarah ‘Mentega Terbang’

4

Politik 2 minggu yang lalu

Kekalahan Shahrizat Bukti ‘Orang Lama’ Tidak Diterima Akar Umbi

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Persekutuan Akan Putuskan Permohonan Semakan Kes SRC Najib Esok

Semasa 1 hari yang lalu

UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRN 6 Negeri - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Kempen PRU-15 PN Dibiayai Syarikat Perjudian

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Semasa 22 jam yang lalu

‘Terjah’ Landasan Sehingga Tren Tergendala, Lelaki Didakwa Di Mahkamah

oleh Wartawan Getaran