Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Matang Selesaikan Pertelingkahan, Percakaran Ahli Parti - MPP

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 5:12PM

Barisan kepimpinan PKR menyifatkan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap matang dalam meredakan pertelingkahan dalaman yang berlaku - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Barisan kepimpinan PKR menyifatkan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap matang dalam meredakan pertelingkahan dalaman yang berlaku, demi memperkukuhkan parti dan menawan semula hati rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Gerald Hans Isaac berkata, perkara itu membuktikan kepimpinan tertinggi baharu mampu menghayati serta menampilkan nilai politik baharu yang berupaya menghapuskan penolakan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Gerald Hans Isaac - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Gerald Hans Isaac - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Satu penggulungan yang bagus sebab nampak walaupun Timbalan Presiden (Mohd Rafizi Ramli) dan Presiden (Anwar) ada pemikiran dan pandangan sedikit berbeza, namun (ucapan Anwar) menggabungkan kedua-dua pemikiran pemimpin itu menjadi perkara yang sempurna.

“Kalau Presiden dan timbalannya tak sama (pandangan), benda itu takkan ke mana. Jadi, untuk gambaran lebih besar, saya rasa bagus apabila di penghujungnya penggulungan saudara Rafizi dan Anwar tentang kongres saling berkaitan dan sempurna buat ahli akar umbi dan parti.

“Saya harap sokongan rakyat Malaysia agar menilaikan perkara itu dan melihat perkara tersebut itu di mana boleh bergerak ke hadapan untuk menjadi parti yang lebih kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Getaran ketika ditemui di Kongres Nasional PKR Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menyifatkan ucapan penggulungan Mohd Rafizi hari ini sebagai 'panadol' yang menghilangkan peningnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengakui sebelum itu beliau 'kadang-kadang pening' dengan Rafizi susulan kenyataan dikeluarkan mantan Ahli Parlimen Pandan tersebut. 

Rafizi semalam ketika berucap menyelar tindakan ahli parti yang dilihat cenderung membela Anwar dalam segala perkara, sehingga menjadikan Presiden PKR itu ‘kebal’ dari segenap segi.

Namun begitu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan hari ini, beliau bernada positif dengan menyeru ahli akar umbi dan barisan kepimpinan baharu PKR untuk bersatu dalam persediaan mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Raiyan Abdul Rahim yang juga Ahli MPP menegaskan, intipati disampaikan  Anwar menerusi pengulungannya membuktikan pimpinan tertinggi pasti akan bersama walau sehebat mana pun percakaran atau perselisihan yang berlaku.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Raiyan Abdul Rahim - Gambar oleh Aiman Sadiq
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Raiyan Abdul Rahim - Gambar oleh Aiman Sadiq

Menurut beliau, PKR merupakan parti yang mengamalkan demokrasi secara meluas, dan akar umbi diberi peluang menyuarakan pendapat namun ia perlu dilaksanakan dengan menghormati disiplin dan adat berorganisasi.

“Jadi, kalau kita sudah buat keputusan sebagai contoh dalam mesyuarat, keputusan itu perlu dihormati dan dibawa oleh semua. Apa membanggakan keputusan pemilihan PKR tidak kira di peringkat AMK sehingga MPP, yang menang adalah dari kem berbeza.

“(Ini) Bermaksud anggota kita semakin matang, mereka bukan memilih hanya semata-mata disebabkan kem namun pilih pemimpin atas dasar percaya, dan ikhlas untuk bekerja keras serta boleh membawa kebaikan bukan sahaja kepada parti, tetapi negara,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar