web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Ucapan Rafizi Beri Saya Panadol, Hilang Pening Saya' - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 4:17PM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Mohd Rafizi Ramli - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ucapan penggulungan Timbalannya, Mohd Rafizi Ramli pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 pagi ini sebagai 'panadol' yang menghilangkan peningnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson mengakui sebelum itu, beliau 'kadang-kadang pening' dengan Rafizi susulan siri kenyataan dikeluarkannya.

"Kadang-kadang pening saya. Jadi saya bisik kepadanya awal-awal. Aku ini Rafizi, lama sudah dengan kamu ini. Janganlah tambah pening aku.

"Rupa-rupanya dia datang beri ucapan dia beri panadol, hilang pening saya. Saya sudah kenal lama Rafizi dari segi kemahiran dan kepintaran, kerja itu memang luar biasa," kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 hari ini.

Rafizi semalam dilaporkan menyelar tindakan ahli parti yang dilihat cenderung membela Anwar dalam segala perkara, sehingga menjadikan Presiden PKR itu ‘kebal’ dari segenap segi.

Namun begitu, ketika menyampaikan ucapan penggulungan hari ini, Rafizi bernada positif apabila menyeru ahli akar umbi dan barisan kepimpinan baharu PKR untuk bersatu dalam persediaan mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Anwar seterusnya mengimbau satu kisah bagi menggambarkan betapa efisien dan komited Rafizi dalam menyiapkan amanah dan kerja yang diberikan kepadanya.

Rafizi Ramli ketika menyampaikan ucapan penggulungan hari ini - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Rafizi Ramli ketika menyampaikan ucapan penggulungan hari ini - Gambar oleh Abdul Razak Latif

"Saya pernah dalam satu sesi katakan bicara soal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), keputusan mesyuarat jam 9, jadi saya katakan kepada Rafizi sebagai Pengarah Strategi, siapkan sekejap. 

"Bagi saya, siapkan satu dua hari okeylah (untuk disiapkan). Tetapi dia terus bekerja, jam 8 pagi sudah ada seluruh usul itu di atas meja saya," katanya sambil menambah bahawa beliau percaya, tokoh muda yang lain turut mempunyai kapasiti untuk membawa perubahan dan semangat berkenaan.

Kerana itu, Anwar menjelaskan, beliau hanya bersabar apabila terdapat sedikit sindiran.

Beliau memberitahu, individu yang kuat kerja dan cerdik seperti itu lazimnya memberi pandangan dan sindiran yang sedikit 'memeningkan'.

"Tetapi seperti saya sebut, Rafizi saya hendak jamin, saya tidak berkecil hati. Kerana saya tahu ianya (berniat) baik. 

"Masalahnya kadang-kadang penyokong bebal itu ramai. Aku lesing baru tahu nanti," katanya berseloroh, sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Anwar menarik perhatian, perkara tersebut berlaku kerana golongan terbabit tidak memahami keutuhan dan keakraban semangat ukhwah persaudaraan dalam perjuangan.

Anwar Ibrahim percaya percaya, tokoh muda yang lain turut mempunyai kapasiti untuk membawa perubahan - Gambar oleh Sairien Nafis
Anwar Ibrahim percaya percaya, tokoh muda yang lain turut mempunyai kapasiti untuk membawa perubahan - Gambar oleh Sairien Nafis

Jelasnya, walaupun wujud perbezaan pendapat yang agak sengit dalam parti namun ia bukan satu bentuk pengkhianatan.

"Tetapi ini bukan khianat. Ada beza orang keras berpendapat dan berpendirian yang agak menyanggah pendapat kita dalam beberapa isu.

"Tetapi bukan pengkhianat, kaki fitnah, perompak dan perasuah. Yang kita diajak untuk perang itu orang rasuah dan khianat. Tumpu ke arah itu," katanya dan dibalas dengan sorakan kuat daripada perwakilan.

Anwar memberitahu, barisan kepimpinan parti yang baharu dengan gabungan pemimpin muda perlu mengekalkan semangat persaudaraan tersebut dan menyedari bahawa usaha dan pertarungannya adalah berbeza.

"Tiada perjuangan tanpa risiko dan cabaran. Ini satu peringatan kepada saudara untuk kerja dalam satu pasukan.

"Saya selaku Presiden beri jaminan yang saya akan tetap mempertahankan barisan kepimpinan yang sanggup bekerja dalam satu jemaah dan pasukan," katanya. - 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Sesekali Menipu, Enggan Bayar Cukai Kepada Negara - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Minta Sokongan Rakyat Bantu Bawa Perubahan Aspek Tatakelola, Cegah Rasuah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad