web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Nak Pergi, Pergilah, Jangan Jadi Musuh Dalam Selimut’ – Dr Wan Azizah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 11:57AM

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluahkan rasa terkilannya terhadap konflik dalaman menyelubungi parti itu sebelum ini.

Meskipun tidak menyebut secara spesifik, luahan tersebut dipercayai berkaitan pertikaian keputusan pemilihan parti berkenaan sebelum ini.

Dr Wan Azizah berkata, keadaan itu turut membuatkannya emosi kerana beliau amat mengasihi semua ahli parti dan pada masa sama, mengingatkan mereka bahawa dalam persaingan, pasti ada ‘menang dan kalah’, malah ia adalah perkara biasa.

“Saya biasa kalah dalam hidup tetapi tidak bermaksud saya memusuhi semua anggota parti. Mereka (anggota parti) adalah adik, anak saya dan saya rasa begitu.

“Pemilihan sudah berakhir, inilah masa untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita. Kita bukan bermusuh, kita parti sama, kalau nak tinggalkan, tinggalkanlah tidak mengapa.

“Tetapi dalam parti kita jangan jadi musuh dalam selimut, jangan jadi api dalam sekam. Jangan menghancurkan apa kita sama-sama bina. Nak pergi, pergilah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-16 bertemakan ‘Mengupaya Wanita Untuk Berdaya’ di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita Keadilan, Fuziah Salleh.

Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-16 bertemakan ‘Mengupaya Wanita Untuk Berdaya - Gambar Syeda Imran
Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-16 bertemakan ‘Mengupaya Wanita Untuk Berdaya - Gambar Syeda Imran

Menurut Dr Wan Azizah, tiada apa lebih penting ketika ini melainkan penggerak parti terus kental memperkukuh keluarga besar PKR dalam berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kita sudah melalui proses pemilihan parti yang tidak sedikit mencalarkan nama parti dan menguji persaudaraan kita ketika bertembung semasa berkempen serta membuat pilihan memilih pemimpin parti dalam semarak pesta demokrasi.

“Dalam mana-mana pertandingan akan ada menang dan akan ada yang kalah. Itu perkara biasa. Tetapi, kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab akhlak dan kesopanan serta nilai integriti dan maruah,” katanya.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berharap sikap istiqamah dan konsisten berpanjangan dalam perjuangan tersebut digandingkan dengan niat mencari titik persefahaman, selain tidak bersikap eksklusif atau mengamalkan budaya berpuak mengumpul pengikut.

Beliau menjelaskan, seluruh ahli parti perlu sentiasa bersikap terbuka, memiliki kebesaran jiwa dan menguasai adab berkhilaf pandangan yang menjadi teras dalam budaya dialog, rundingan serta konsep syura.

“Kita adalah anggota parti yang matang dan mampu menghadapi senario perbezaan pandangan. Dalam konteks keilmuan dan budaya intelek, perbezaan pendapat dalam mentafsir nas adalah fenomena kritis serta dinamika kebolehupayaan melakukan proses ijtihad.

“Inilah yang dinamakan pembugaran dan dinamika demokrasi,” katanya.

Dr Wan Azizah bersama Ketua Wanita Keadilan, Fuziah Salleh
Dr Wan Azizah bersama Ketua Wanita Keadilan, Fuziah Salleh

Sebagai pengamal demokrasi, tambah beliau, perbezaaan pendapat dan berpolemik secara sihat adalah dibolehkan namun ia harus mampu memperlihatkan jiwa besar, adab tertib serta kesusilaan tinggi, selain menjunjung nilai persaudaraan yang mendahulukan kepentingan rakyat.

Malah, Dr Wan Azizah mahu anggota parti terus kukuh dan kekal berganding bahu dalam merangka bukan sahaja ‘keluarga besar PKR tetapi juga keluarga majmuk PKR’ walaupun ketika sedang berhadapan politik taufan dan krisis kepimpinan negara.

“Jadi, tiada apa lebih penting ketika ini melainkan terus kental dengan prinsip perjuangan, disiplin jemaah tinggi, kepatuhan dan adab kepada pemimpin. Ini untuk memperkukuh keluarga besar PKR dalam menempuh serta berhadapan dengan PRU-15 yang cukup mencabar ini dan insha-Allah memenangi pilihan raya umum (PRU),” katanya.

Sementara itu, beliau menyeru Wanita Keadilan agar sentiasa mengambil sikap proaktif dalam menyelesaikan isu rakyat dengan terus menjadi penyelesai masalah (problem solver) dalam masyarakat serta terus dilihat signifikan melaksanakan program khidmat kebaktian kepada masyarakat.

Beliau memberitahu, kehadiran Wanita Keadilan harus sentiasa dilihat ‘visible’ (terlihat) dan dampaknya dirasai dalam setiap sanubari rakyat.

“Apatah lagi ketika ini kita berhadapan dengan ‘political fatigue’, iaitu kelesuan atau kelelahan politik dalam kalangan rakyat.

“Ruang ada ini harus segera diisi PKR sebagai sebuah parti yang sentiasa memiliki daya tahan, daya juang dan daya inovasi tinggi dalam memperjuangkan isu rakyat,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

4

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar