web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lantikan Ketua Masyarakat Dari MCA Bukti Tiada Keazaman Jayakan Politik Dwipartisan 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 2:57PM

Liew Chin Tong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Liew Chin Tong meluahkan kekesalannya terhadap pelantikan Ketua Masyarakat Johor, yang dikatakan tetap mengikut cara politik lama. 

Beliau berkata, pengumuman senarai 120 Ketua Masyarakat Johor yang kesemuanya dari MCA membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Johor langsung tidak mempunyai keazaman untuk menjayakan politik dwipartisan. 

Menurutnya, politik dwipartisan itu sepatutnya bermula daripada lantikan ketua kampung dan ketua masyarakat, tanpa mengambil kira latar politik seperti yang dijanjikan.

“Dalam manifesto yang diumumkan pada pilihan raya negeri Johor Mac lalu, antara ikhtiar yang diperkenalkan BN adalah ‘reformasi politik’ iaitu terus memupuk naratif politik baharu yang matang bagi menjamin kestabilan masa depan rakyat dan negeri.

“Kenapa BN mula menggunakan frasa seperti ‘politik baru’ dan ‘reformasi politik’? Mereka faham bahawa rakyat, terutamanya anak muda, mahukan idea baharu dan politik matang,” katanya hari ini.

Selepas BN menang besar, Chin Tong berkata, Ling Tian Soon selaku EXCO Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor pada 5 Mei mengumumkan bahawa MCA telah memutuskan senarai 123 Ketua Masyarakat Kampung Cina. 

Walaupun mereka menggunakan pendekatan lama dalam proses lantikan ketua masyarakat, tambah Chin Tong, itulah pilihan kerajaan negeri.

Namun begitu, ujarnya, Tian Soon pada 2 Jun mengumumkan bahawa kerajaan negeri Johor telah memutuskan untuk memilih ketua masyarakat melalui sistem permohonan terbuka serta temuduga, dan bukan lagi melalui lantikan terus parti kerajaan. 

“Kami sambut baik pengumuman ini dan mencalonkan mantan Ketua Masyarakat Pakatan Harapan (PH) yang tekun berkhidmat demi masyarakat setempat sewaktu memegang jawatan tersebut. 

“Mereka diterima baik oleh penduduk kampung, malah ramai antara mereka terus memperjuangkan kebajikan rakyat pada tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) walaupun ditamatkan jawatan ketua masyarakat selepas Langkah Sheraton,” katanya. 

Beliau memberitahu, golongan berkenaan bekerja tanpa mengenal lelah demi warga setempat, apabila kerajaan negeri Johor hampir dua tahun gagal melantik calon baharu untuk jawatan tersebut.  

“Ini juga adalah peluang untuk melihat sama ada BN Johor benar-benar bertekad untuk mereformasi ke arah politik matang,” katanya. - Getaran, 10 Julai 2022


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar