web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahas Ucapan Presiden, MB Kedah Tegur Pegawai Khas

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 3:00PM

Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) berkata beliau tidak pernah mendengar sesiapa bersembang mengenai politik kepartian di Pejabat Menteri Besar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini membuat teguran secara terbuka terhadap Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohamad Fadzil Zolkipli yang juga pegawai khasnya kerana didakwa menimbulkan persepsi seolah-olah dibuli pegawai lain di Pejabat Menteri Besar Kedah.

Menurut Muhammad Sanusi, selama ini beliau tidak pernah mendengar sesiapa bersembang mengenai politik kepartian di Pejabat Menteri Besar, apatah lagi untuk mengutuk atau mempertikaikan langkah politik UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).  

Katanya, nama pemimpin politik juga tidak pernah disebut atau diulang sebut dalam urusan kerja di Pejabat Menteri Besar.

“Kita telah membina suasana kekeluargaan di pejabat tersebut yang memiliki wakil parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai pegawai khas Menteri Besar. Kita tidak membina kem parti politik di pejabat itu sebaliknya bekerja sebagai kerajaan untuk seluruh rakyat Kedah.

“Walaupun pegawai khas dari PAS lebih ramai berbanding dari UMNO dan BERSATU, namun mereka dilayan secara profesional dan memiliki hubungan bekerja seperti adik beradik dalam satu pasukan, katanya menerusi status dimuat naik di laman Facebooknya.

Ketika membahaskan ucapan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, Mohamad Fadzil mendakwa dirinya terkontang-kanting apabila sekadar berseorangan di Pejabat Menteri Besar Kedah bersama seorang lagi pegawai khas dari BERSATU.

Menurut Mohamad Fadzil, dia dikutuk oleh kalangan pegawai di pejabat Menteri Besar yang mempertikaikan perjuangan UMNO serta Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan i-Sinar, moratorium dan penubuhan skuad bagi menawarkan khidmat guaman percuma kepada orang ramai, yang dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Muhammad Sanusi menambah, layanan diberikan kepada para pegawai khas adalah sama tanpa ada kurang atau lebih di mana-mana.

“Bezanya beliau (Mohamad Fadzil) dengan yang lain adalah, beliau jarang ada di pejabat kerana melakukan tugasan di luar.

“Ingin ditegaskan bahawa suasana di pejabat Menteri Besar Kedah tidaklah seperti digambarkan dalam ucapan beliau itu dalam konteks hubungan antara kakitangan dan pegawai yang berlainan parti politik,” katanya.

Sementara itu Mohamad Fadzil ketika dihubungi memaklumkan, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Muhammad Sanusi dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara itu.

“Biar saya bertemu beliau dulu dan selepas itu, saya akan hubungi anda semula,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad