web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin UMNO Persoal Tuntutan Muhyiddin Di Kala Rakyat Susah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 4:22PM

Pergeseran antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus memuncak hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pergeseran antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terus memuncak apabila kali ini, ia berhubung isu perbincangan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelantikan jawatan baharu, termasuk Timbalan Perdana Menteri. 

Pemuda UMNO hari ini mempersoalkan perbincangan antara Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri itu, terutama ketika rakyat terkesan dengan kenaikan harga barang. 

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, sekarang bukan masa untuk menuntut jawatan pemimpin nombor dua tersebut atau menambah jumlah menteri baharu. 

Beliau berkata, saiz Kabinet yang besar ketika ini dengan rekod jumlah menteri paling ramai dalam sejarah negara, sudah mencukupi. 

Menurutnya, jumlah tersebut tidak membabitkan pegawai tinggi bertaraf menteri, termasuk duta khas yang dilantik bagi memenuhi tuntutan pelbagai parti yang membentuk kerajaan campuran ketika ini.

“Di kala rakyat tengah susah dan gelisah hadapi kenaikan harga barang mendadak, kantung kerajaan yang menipis hingga pelbagai subsidi untuk rakyat hendak dikaji balik, seharusnya tuntutan untuk menambah lagi menteri Kabinet tidak timbul.

“Malah untuk menzahirkan solidariti bersama rakyat yang sedang kesempitan, elaun menteri, timbalan menteri, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan duta khas bertaraf menteri wajar dipotong,” katanya menerusi kenyataan. 

Semalam, media melaporkan, Muhyiddin mengesahkan pertemuannya dengan Ismail Sabri adalah bagi membincangkan lantikan jawatan baharu termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, beberapa perkara penting dibangkitkan pada pertemuan tersebut berlandaskan kandungan perjanjian antara PN dan Perdana Menteri. - Getaran, 3 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Fitnah MARA: Mas Ermieyati Setuju Bayar Ganti Rugi RM50,000

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad