web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden UMNO Ada ‘Kuasa’ Tidak Perlu Berunding Mengenai Pelantikan Majlis

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 7:31PM

Ahmad Shabery berkata Ahmad Zahid tidak perlu berunding dengan individu lain dalam parti untuk membuat pelantikan ke MKT. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu mengadakan rundingan dengan sesiapa berhubung pelantikan ahli badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Beliau menegaskan, perkara berkenaan membabitkan 13 jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), terdiri daripada 25 ahli yang dilantik menerusi pemilihan dalaman parti.

Jelasnya, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tidak perlu berunding dengan individu lain dalam parti untuk membuat pelantikan berkenaan, termasuk bagi jawatan Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan.

Di peringkat Bahagian UMNO pula, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, ketua setiap bahagian mempunyai ‘hak istimewa’ untuk melantik 10 ahli jawatankuasa, iaitu separuh daripada 20 yang dipilih daripada parti.

“Presiden tak perlu berunding dengan Timbalannya dan Ketua Bahagian pun tak perlu berunding dengan Timbalannya,” kata Ahmad Shabery menerusi hantaran di Facebook.

Catatan media sosial beliau itu dibuat dua hari selepas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disingkirkan sebagai ahli MKT.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan menamatkan tempoh Tajuddin sebagai ahli MKT, tetapi tidak menjelaskan alasan di sebalik keputusan itu.

Tajuddin pernah bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan dalaman pada 2018 namun tewas, sebelum menjadi seorang daripada 14 anggota dalam badan pembuat keputusan tertinggi parti berkenaan.

Penyingkiran itu berlaku kurang setahun selepas beliau dilucutkan jawatannya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO, selepas wujud khabar angin berlaku pertelagahan antaranya dengan Ahmad Zahid.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, budi bicara Presiden dan Ketua Bahagian, mengukuhkan kedudukan serta menjadikan institusi parti lebih stabil.

“Diharapkan mereka inilah (individu dilantik) akan mempertahankan ketua yang melantik mereka. Sekiranya ada perbezaan (pendapat), mereka mesti rundingkan dahulu dengan orang melantik mereka.

“Jangan menzahirkannya di khalayak ramai. Kalau masih rasa tak bersetuju eloklah mengundurkan diri,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 3 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad