Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Dana UKSB, Topeng ‘Warak’ Muhyiddin Akhirnya Terlondeh  

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 7:10PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keterangan bersumpah di mahkamah yang mendedahkan penerimaan dana berjumlah RM1.3 juta oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN), Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) akhirnya melondehkan topeng dan watak bersih pemimpin tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Presiden BERSATU itu yang merupakan anak kepada seorang guru agama ternyata masih lagi berlakon sebagai pemimpin warak seperti berdoa secara langsung di televisyen selepas namanya ‘diseru’ di mahkamah.

Menurut beliau, saksi pendakwaan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dalam keterangan bersumpahnya mendedahkan Ahli Parlimen Pagoh itu turut menerima habuan yang bukan sedikit.

“Kalau Ahmad Zahid dituduh dan didakwa menerima rasuah daripada UKSB terus menerus dicerca, dihina serta dilabel sebagai pendosa atau kluster mahkamah, apa pula bezanya dengan lima orang lagi ‘malaun’ yang nama mereka turut disebut dalam senarai penerima imbuhan itu?

“Adakah Muhyiddin dan lima yang lainnya tergolong dalam golongan maksum? Jika Zahid terima wang daripada UKSB dianggap sebagai rasuah, mengapa pula bila geng ‘enam bersaudara’ itu boleh pula dianggap terima duit sebagai dana politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mahkamah Tinggi Jumaat lalu diberitahu, Muhyiddin yang juga mantan Menteri Dalam Negeri turut menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada UKSB pada 2018.

Selain Muhyiddin, lima nama ahli politik lain yang disebut ketika perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid ialah Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.

 

MENGAPA HANYA ZAHID 'PENDOSA', MUHYIDDIN DAN YANG LAIN MAKSUM KE? - Apabila kebenaran yang dicari maka kebenaran...

Posted by Nur Jazlan Mohamed on Sunday, June 19, 2022

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun, 47, berkata, Muhyiddin menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018, RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, kod nama ‘TSM’ dalam lejar tersebut merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin, manakala ‘Team Pagoh’ adalah nama projek.

David juga mengesahkan bahawa Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat.

Nur Jazlan berkata, jika difikirkan secara logik, tindakan kesemua mereka adalah sama kerana telah menerima imbuhan daripada UKSB.

“Kalau nak kata itu perbuatan rasuah maka biarlah semuanya dilabel terbabit perbuatan tersebut dan sama-sama kena dakwa. Tapi kalau nak cakap tindakan ambil imbuhan berkenaan atas nama dana politik, maka sepatutnya semua dilepaskan dari tuduhan.

“Namun mengapa Ahmad Zahid seorang saja yang terpaksa terima pendakwaan terpilih? Adakah kerana beliau adalah seteru dan enam bersaudara itu pula adalah sekutu, maka beliau diganyang, diperangkap dan dianiaya secukupnya,” katanya, pedas.

Susulan pendedahan, beliau menggesa kerajaan, khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) menyegerakan kertas siasatan terhadap kesemua pemimpin yang terlibat dan mereka wajar didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah.

Nur Jazlan berkata, pihak pendakwa sekurang-kurangnya perlu memanggil mereka bagi memberi keterangan agar kebenaran dapat didedahkan secara keseluruhan.

“Saya kasihan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terpaksa pikul bebanan dek onar pemimpin BERSATU ketika menerajui kerajaan hari ini kerana status sebagai kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN) tapi pada masa sama, UMNO pula digasak habis-habisan oleh ‘rakan-rakan’ politik Ahli Parlimen Bera itu.

“Pastinya beliau sendiri terpalit kerana partinya diperlakukan sedemikian rupa.

“Saya yakin Perdana Menteri dari UMNO pastinya tak akan membiarkan siasatan ke atas Muhyiddin akhirnya menjadi NFA atau ghaib begitu saja seperti mana pernah berlaku ketika era kerajaan PH.

“Sudah pasti Ismail Sabri mahu menjaga nama baik beliau serta UMNO dan tidak mahu menjadi alat kepada puak lain dalam kerajaan PN,” katanya. - Getaran, 20 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Menangkan Calon Amanah Tanggungjawab PH - Jazlan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Ke Atas Muhyiddin, BERSATU Kifarah Allah - Nur Jazlan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kerjasama Dengan PN, UMNO Akan Ditalkin Lebih Awal - Nur Jazlan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Hadi Awang Seharusnya Salahkan Muhyiddin, Belajarlah Terima Kenyataan - Nur Jazlan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

Semasa 3 jam yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 4 jam yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 19 jam yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital