Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan PN, UMNO Akan Ditalkin Lebih Awal - Nur Jazlan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 3:12PM

Nur Jazlan Mohamed berkata, UMNO tidak seharusnya mengambil peduli kecaman atau kritikan pihak luar kerana apa yang penting ialah memperkukuh ikatan bersama Pakatan Harapan (PH) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO bakal ditalkin dan dikuburkan lebih awal jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, UMNO tidak seharusnya mengambil peduli kecaman atau kritikan pihak luar kerana apa yang penting ialah memperkukuh ikatan bersama Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, ahli akar umbi UMNO perlu terus diberikan kefahaman tentang strategi terbaik untuk menjamin survival parti pada masa akan datang.

“Selepas PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), ramai yang duduk bercerita tentang survival UMNO untuk tempoh lima tahun akan datang. Ada yang kata UMNO akan berkubur, ada yang cakap UMNO sukar untuk bangkit semula dan ada yang bersikap positif bahawa parti itu akan pulih kembali.

“Bagi saya bila kita mahu bercakap tentang survival UMNO, kita kena lihat dan kaji apakah laluan yang perlu dipilih oleh pucuk pimpinan dan ahli akar umbi parti bagi memastikan UMNO terus kekal relevan di masa depan. Strategi dan percaturan politik yang bijak mesti diambil kira supaya UMNO tak bertemu jalan mati dalam perjalanan panjang nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Atas faktor ini jelas Nur Jazlan, tindakan pucuk pimpinan untuk tidak bekerjasama dengan PN adalah satu langkah bijak, walaupun gabungan tersebut berjaya memenangi 73 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN).

Katanya, penggabungan antara UMNO, BERSATU dan PAS berpotensi menyebabkan jumlah kerusi dimiliki parti itu semakin berkurangan.

“Jika UMNO bergabung dengan BERSATU dan PAS dalam PN ketika itu, belum tentu lagi UMNO akan ada 30 kerusi kerana pastinya pemilikan kerusi untuk UMNO/BN bertanding semakin kurang.

“Daripada 165 kerusi (tolak kerusi di Sarawak dan Sabah), jika dibahagi kepada BN, PAS dan BERSATU/GERAKAN, mungkin UMNO cuma dapat bertanding kurang 50 kerusi selepas ditolak kuota untuk MCA dan MIC,” katanya.

Menurut Ketua UMNO Pulai itu, pastinya PAS dan BERSATU mahu membolot kerusi Melayu yang selamat untuk memastikan kemenangan calon masing-masing, sedangkan UMNO pula bakal terlepas sejumlah besar kerusi tradisi parti itu sejak tahun 1957.

“PAS pastinya tetap tak mahu mengalah untuk tuntut kerusi di tiga negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala BERSATU pula ada kemungkinan untuk minta kerusi di Perak, Negeri Sembilan dan sebahagian Selangor. Kerusi-kerusi yang dituntut itu pula adalah kerusi majoriti Melayu yang sememangnya menjadi rebutan tiga parti Melayu utama dalam PN.

“Tengok saja isu pembahagian kerusi Menteri dan Timbalan Menteri masa Mahiaddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) jadi PM (Perdana Menteri), kononnya nak bagi sama rata tapi last-last Menteri BERSATU dan PAS yang tin kosong diletakkan di kementerian penting, manakala UMNO dapatlah Kementerian yang minor. Semua portfolio ekonomi, keselamatan, perdagangan dipegang oleh puak BERSATU. Bila ekonomi gagal kerana kegagalan Menteri dari BERSATU dan PAS, UMNO juga dipersalahkan,” bidasnya.

Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri menegaskan, keadaan juga bakal menjadi lebih parah jika berlaku kerjasama antara UMNO dan PN untuk  membentuk kerajaan perpaduan. 

BERSATU dan PAS jelas beliau, pastinya mahu menjadi jaguh dalam kerajaan memandangkan keduanya memiliki kelebihan kerusi berbanding UMNO. 

“Saya kenal sangat dengan perangai Muhyiddin dan Hadi (Tan Sri Abdul Hadi Awang) yang masing-masing mahu jadi Abang Besar dalam pakatan dan UMNO akan jadi mangsa buli mereka. 

“Pengalaman dalam kerajaan PN sudah cukup mengajar UMNO untuk tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Kita boleh lihat bagaimana Muhyiddin menekan kepimpinan Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan PAS pula tetap dengan lidah bercabang mereka menyokong pihak yang boleh beri keuntungan politik saja,” katanya. - Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

2

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

3

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kerjasama Awam-Swasta Bakal Bantu Selesaikan Isu Kekurangan Jururawat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Politik 8 jam yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi