web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 5:21PM

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO akan tetap meneruskan usaha mendapatkan pembelaan ke atas mantan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak mengikut laras perundangan negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia bertepatan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahu usaha pembelaan Najib diteruskan.

Menurut beliau, parti itu sememangnya mengambil maklum mengenai keputusan Lembaga Pengampunan yang diumumkan semalam.

“Kita menghormati keputusan dan hak mutlak yang telah diambil oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. 

“Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut,” katanya. 

Tegas Ahmad, pembelaan terhadap Najib dibuat kerana parti tersebut merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.

“Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  akan sama-sama menjunjung semangat ini,” katanya.

Semalam, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengumumkan, Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 peratus, susulan keputusan ditetapkan mesyuarat lembaga kali ke-61 yang bersidang 29 Januari lalu.

Serentak dengan itu menurut beliau, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028, manakala denda yang perlu dibayar adalah RM50 juta.

“Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, sekali gus bermakna beliau hanya akan dibebaskan pada 23 Ogos 2029,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 2 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran