web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendukung Pembangkang Diseru Terus Fokus PRU, Jangan Peduli ‘Percakaran’ UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 8:52PM

Mohamad Sabu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seluruh pendukung Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang diseru untuk terus berusaha menghadapi pilihan raya akan datang dan tidak mempedulikan ‘percakaran’ antara UMNO, PAS dan BERSATU.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata, semua parti terbabit berada dalam kerajaan dan sifat mereka adalah saling membantu demi mengekalkan ‘kerajaan tebuk atap’.

“Oleh itu saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli AMANAH, rakan rakan pendukung PH dan pembangkang terus berusaha untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang untuk mengembalikan maruah negara,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pada hantaran tersebut, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut melampirkan dua berita yang menggambarkan perbezaan pendapat pemimpin Barisan Nasional (BN).

Yang pertama adalah berhubung seruan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat menghukum Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana ‘dosa besarnya’ kepada negara.

Najib dilaporkan sebagai merujuk kepada langkah PN menggunakan alasan COVID-19 bagi menyelamatkan kerajaan yang didakwanya tiada majoriti ketika itu.

Berita kedua pula jelas Mat Sabu, melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengkritik gesaan PRU diadakan di saat negara berdepan inflasi, sekali gus mencerminkan sikap pemimpin PN yang hanya mementingkan diri dan tidak memikirkan kesusahan rakyat.

Beliau berkata, pendukung pembangkang perlu memastikan negara tidak 'tergadai' kepada golongan kleptokrat dan sekutu mereka yang tidak menghormati demokrasi berparlimen dalam mengambil alih kuasa.

“Pedulikan soal UMNO dan sekutunya yang kononnya bercakaran, tetapi sebenarnya mereka sentiasa membantu di antara satu sama lain,” katanya. -  Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad