web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15 Tidak Lama Lagi - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 7:26PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal diadakan dalam waktu terdekat.

Tegasnya, jentera BN tidak lagi boleh leka dan segala persiapan menghadapi PRU seharusnya sudah mencapai tahap tertinggi bagi memikat hati rakyat untuk mengundi semula gabungan tersebut.

“Dengan tekad untuk mewajahkan semula BN, kita perlu membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.

“Walaupun ada yang mahukan kepastian bilakah pilihan raya akan diadakan, biarlah saya dan Perdana Menteri berbincang bagi menentukan jeda waktu yang terbaik untuk kita menghadapi PRU-15.

“PRU ke-14 sudah lebih empat tahun berlalu. Ertinya PRU ke-15 boleh berlangsung pada bila-bila masa.

“BN tidak boleh leka. Segala persiapan menghadapi PRU seharusnya sudah mencapai tahap tertinggi.

“Dan saya benar-benar berharap, semua komponen BN harus lebih banyak terlibat dalam kerja-kerja teknikal pilihan raya. Kita perlu bekerja dan bersedia untuk menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mendakwa, Malaysia tidak pernah merasai suasana kestabilan politik selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih negara pada PRU-14 yang lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kestabilan tidak lagi mampu dicapai seperti zaman pemerintahan BN disebabkan keghairahan mewujudkan Malaysia Baharu dengan merungkaikan asas toleransi pelbagai kaum, serta cubaan merobek sifat keindukan Bumiputera Melayu Islam dalam kemajmukan.

Pada masa sama katanya, pendekatan tersebut yang direka demi mewujudkan kesamarataan dalam menggantikan prinsip kesaksamaan yang digagaskan BN telah melebarkan lagi jurang, sekali gus mencetuskan kegusaran serta menajamkan prejudis hingga menggugat keharmonian.

“Formula Malaysia Baharu yang kononnya mahu diterjemahkan melalui tadbir urus baik dan sifat ketelusan hanyalah indah khabar dari rupa. Kuasa yang dimandatkan rakyat dieksploitasi sepenuhnya untuk membunuh seteru politik, bahkan berlaku cubaan memadam segala legasi ditinggalkan, termasuk manipulasi institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang.

“Apa yang dilalui selama hampir empat tahun ini, meyakinkan kita bahawa hanya acuan BN sahaja yang mampu mencipta kestabilan. Kita harus kembalikan ‘Malaysia Asal’ bukan retorik ‘Malaysia Baharu’ yang ternyata gagal,” katanya.

Bagi mengembalikan Malaysia ‘asal’ jelas Ahmad Zahid, BN perlu melaksanakan anjakan paradigma dengan proses pengislahan dalaman dan membuat tawaran yang dapat meneruskan keterujaan rakyat untuk kembali memberikan sokongan.

Untuk melaksanakan perkara tersebut katanua, ahli BN perlu bersedia keluar dari kerangka lama, khususnya membabitkan formula pengagihan kerusi dalam menghadapi PRU15.

“Sementara kita sentiasa bertoleransi untuk memastikan wakil parti komponen dalam membentuk kerajaan majmuk, formula yang saya perkenalkan dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) terkini iaitu prinsip WALI (Winnable, Acceptable and Likeable) ternyata menggamit keyakinan rakyat kepada BN.  

“Prinsip tersebut akan diteruskan dengan mengambil kira potensi, kebolehmenangan, demografi dan situasi politik semasa di setiap kawasan dalam rangka pengagihan kerusi di kalangan komponen,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, BN akan menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai wajah hadapan gabungan itu seperti yang dibuktikan pada PRN Melaka dan PRN Johor.

“BN perlu menawarkan agenda pembaharuan dan pembaikan bagi memperkasakan lagi tata kelola, tadbir urus serta ketelusan dalam pentadbiran termasuklah memastikan institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang tidak lagi dicemari dengan agenda untuk membunuh seteru politik seperti di zaman PH.

“Kita juga perlu mengembalikan ekonomi Malaysia ke landasan asal untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi, sekali gus muncul sebagai destinasi utama pelaburan rantau ASEAN,” katanya. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

3

Semasa 3 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

4

Politik 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad