web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berjaya 'Sambar' Ketua Cabang Gombak, Azmin Ucap Tahniah Pada Amirudin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 4:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selepas berjaya memenangi kerusi Ketua Cabang Gombak pada Pemilihan PKR 2022.

Beliau yang juga mantan Timbalan Presiden PKR berharap agar persefahaman yang terjalin akan terus membawa kebaikan.

Mohamed Azmin Ali - Gambar fail
Mohamed Azmin Ali - Gambar fail

Azmin bagaimanapun tidak memperincikan dengan tepat persefahaman yang dimaksudkan. 

"Tahniah Amirudin kerana terpilih. Semoga persefahaman (ini) akan terus membawa kebaikan," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menerusi ciapan di Twitter, lewat malam tadi.

Amirudin mengungguli persaingan di cabang berkenaan selepas memperoleh 1,858 undi mengatasi pencabarnya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang memperoleh 1,215 undi.

Keputusan itu menyaksikan Amirudin menang selesa dengan majoriti 643 undi sementara portfolio Timbalan Ketua Cabang Gombak menjadi milik A Rahim Ahmad Kasdi selepas menewaskan dua pencabar lain.

Selain Ketua Cabang Gombak, Amirudin turut melebarkan sayap kemenangan bagi posisi Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini, selain Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Terdahulu, Farhash Wafa Salvador yang merupakan mantan Pengerusi PKR Perak mendakwa wujud keraguan terhadap keputusan tidak rasmi Pemilihan PKR 2022 yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya mempunyai bukti dan dokumentasi kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, selain gesaan agar parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan itu.

Menurut beliau, bantahan berkenaan membabitkan keputusan undian fizikal dan pengundian atas talian (PAT) yang menyaksikan Cabang Gombak menghasilkan keputusan tidak munasabah, berbanding kehadiran fizikal penyokong pihaknya dan rekod pengundian atas talian.

Katanya, JPP dan pimpinan parti perlu mengambil tindakan sewajarnya dan membetulkan keadaan sekiranya terbukti sistem pemilihan dan keputusan telah dikompromi.

Seramai 1,118,423 ahli PKR layak mengundi pada Pemilihan PKR 2022 yang menyaksikan seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap.

Buat julung kalinya, pemilihan PKR diadakan secara hibrid, iaitu menerusi fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal 28 Februari lalu.

Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa sebelum ini memaklumkan, pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik, apabila seramai 67,419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei lalu. - Getaran, 29 Mei 2022.

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar