web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Perbincangan Rasmi Kerjasama Politik Dengan UMNO - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 6:50PM

Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang perjanjian atau perbincangan rasmi membabitkan kerjasama politik antara PKR dan UMNO buat masa ini, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan untuk perbincangan seumpama itu diadakan pada masa akan datang.

Menurut beliau, terlalu awal untuk PKR memperkatakan mengenai perkara itu sekarang.

“Ada perbincangan awal antara beberapa pimpinan PKR dan UMNO, namun untuk memutuskan (perkara ini), ia masih terlalu awal,” katanya.

Anwar memberitahu, perkara terbabit sudah dijelaskan kepada Ahli Parlimen PKR dan pimpinan negeri, supaya ia dapat disampaikan kepada peringkat akar umbi.

“Janganlah mengandaikan hal ini atau membuat spekulasi, seolah-olah ada persefahaman atau perjanjian (yang wujud bersama UMNO),” katanya.

Khabar angin bertiup kencang baru-baru ini, mendakwa wujud perjanjian politik antara PKR dan UMNO, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia berikutan pendedahan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kepada  Mingguan Malaysia, bahawa terdapat perkembangan positif dalam perbincangan tidak rasmi yang diadakan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mendedahkan terdapat lima Ahli Parlimen PKR telah diugut dan dipancing dengan habuan supaya berpaling tadah untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Lima Ahli Parlimen terbabit terdiri daripada Natrah Ismail (Sekijang), S. Kesavan (Sungai Siput), Awang Husaini Sahari (Putatan), M. Karuppaiya (Padang Serai) dan Michael Teo (Miri).

Beliau turut mendesak supaya kerajaan berhenti menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat untuk memaksa Ahli Parlimen melompat parti melalui “pendakwaan politik.”

“Saya akan menghantar surat kepada ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan membuat satu sesi temujanji bagi mendapatkan penjelasan lanjut [berhubung perkara tersebut],” kata Anwar.

Minggu lepas, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar menjadi ahli Parlimen yang ke-14 meninggalkan PKR setelah terbentuknya kerajaan PN pada Mac tahun lepas. – Getaran, 16 Mac, 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad