web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naib Presiden PKR Letak Jawatan, Dakwa Kecewa Dengan Parti

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 12:37PM

Xavier Jayakumar meletak jawatan dalam PKR kerana kecewa dengan beberapa perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kekecewaan terhadap beberapa perkara dalam parti mendorong Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta merta.

Xavier, Naib Presiden PKR dan bekas anggota kabinet itu memilih untuk meneruskan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai calon bebas.

Menurut beliau, kesetiaannya terhadap PKR tidak berbelah bahagi, sejak ia mula ditubuhkan pada 1998, namun beberapa perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini cukup mengecewakan hati.

"Sejak menyertai PKR pada 1998, saya tidak pernah berpaling dan ia pemula langkah sebagai ahli politik.

"Bagaimanapun saya amat kecewa dengan beberapa perkara yang berlaku dan didedahkan, sejak beberapa tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Xavier, sebelum ini menyandang portfolio Menterti Air, Tanah dan Sumber Asli itu juga menegaskan, fokus utama seharusnya diberikan ditumpukan kepada membantu kerajaan untuk membendung penularan COVID-19 dan mengukuhkan jentera ekonomi sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Apa perlunya mengadakan pilihan raya dalam tempoh kritikal seperti ini?

"Tahukah semua bahawa negara memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk ekonomi negara kembali pulih?" katanya, kesal.

Beliau menarik perhatian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan, justeru semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi memastikan ia berjaya.

"Rakyat ingin melihat Malaysia tumbuh stabil, dengan pemulihan terhadap sektor ekonomi.

"Semua ini memerlukan usaha semua pihak, lupakan perseteruan yang ada," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Xavier turut menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan PN dan berjanji untuk terus melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen dengan baik.

"Saya yakin dengan sokongan padu semua pihak, tugas Ahli Parlimen Kuala Langat ini dapat dipikul dengan baik," katanya.

Beliau adalah ahli parlimen PKR ketiga yang berubah haluan sejak kebelakangan ini, selepas pengunduran Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng. - Getaran, 13 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar