web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Sepatutnya Sudah Lama Jadi Perdana Menteri - Musa Hitam

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 6:43PM

Tun Musa Hitam - Gambar dari bmcc.org.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di kemuncak karier apabila dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Pemecatan yang didakwa bermotifkan politik itu bagaimanapun tidak menjatuhkan semangat Anwar atau menghentikan pembabitannya dalam arena terbabit, dan penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini dikenali sebagai PKR menjadi bukti.

Ketokohan Anwar sebagai pemimpin tidak dinafikan, dan beliau disebut-sebut sebagai antara figura paling layak menyandang jawatan Perdana Menteri.

Mengesahkan perkara itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, Anwar sudah sepatutnya bergelar Perdana Menteri namun laluannya sering kali tergendala apabila ada pihak yang sering memungkiri janji.

Bercakap dalam satu wawacara khas bersama Mingguan Malaysia, Anwar jelas Musa, adalah sosok yang mempunyai segala kelayakan untuk bergelar Perdana Menteri, dan perkara itu sudah seharusnya menjadi kenyataan sejak dahulu.

“Saya tidak teragak-agak untuk menegaskan bahawa Anwar Ibrahim calon yang layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Karisma yang dimiliki sudah cukup melayakkannya untuk memegang jawatan itu, malangnya ia tidak menjadi kenyataan kerana ada individu memungkiri janji diberi, walaupun sudah beberapa kali dijanjikan (untuk dilantik sebagai Perdana Menteri),” katanya.

Biarpun tidak menyatakan secara terbuka, kenyataan Musa itu dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah individu yang selama ini bertanggungjawab menjanjikan jawatan berkenaan kepada Anwar, termasuk ketika mereka bersama-sama bergerak di bawah Pakatan Harapan (PH).

Sekali lagi, janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar tidak terlaksana, apabila kerajaan PH ‘tumbang’ susulan gerakan ‘Langkah Sheraton’, yang membawa kepada penubuhan gabungan Perikatan Nasional (PN), diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menyaksikan beliau mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri daripada tangan Dr Mahathir.

Seperti mana perseteruan Anwar dan Dr Mahathir sebelum ini, Musa juga pernah berada dalam situasi sama apabila disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang kemudiannya diserahkan kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Musa menarik perhatian, Anwar jelas ketika ini adalah calon yang paling layak, berbanding beberapa nama besar lain termasuk dari parti UMNO.

“Jika individu yang berjanji itu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau (Anwar), saya tanpa ragu akan menyokong, malangnya ia tidak berlaku (seperti dijanjikan),” katanya. - Getaran, 7 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar