web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gesaan DAP Supaya Anwar Berundur Hanya ‘Melepaskan Kekecewaan’

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 2:17PM

Anwar bertanggungjawab atas kekalahan PH pada pilihan raya Melaka. - Gambar fail oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sesetengah ahli DAP menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘kambing hitam’ susulan prestasi teruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru in termasuk dengan meminta Ketua Pembangkang itu untuk berundur sebagai Pengerusi (PH), kata seorang penganalisis politik Sabah.

Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata walaupun ada gesaan berkenaan namun belum ada individu yang mampu memimpin gabungan itu selain Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan yang juga Presiden PKR.

“Bercakap tentang DAP pula, pada pandangan saya mereka hanya melepaskan kekecewaan dan menjadikan Anwar sebagai kambing hitam.

“Siapa lagi yang boleh memimpin PKR dan PH? Tiada siapa yang mampu,” kata Kuok Tiung, seorang pensyarah senior di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS kepada The Vibes.

Beliau menarik perhatian yang DAP adalah satu parti yang sangat tersusun, dan ahlinya mempunyai pandangan yang jelas untuk merampas semula tampuk kepimpinan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, DAP selesa dengan barisan pembangkang yang bersatu sekarang dan mahu parti seperti MUDA, PEJUANG serta WARISAN dibawa masuk ke dalam gabungan itu.

Beliau berkata persoalan tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja disebabkan kekalahan teruk PH pada PRN Melaka malah juga PRN Sabah, September tahun lalu.

Kuok Tiung berkata,  ada banyak kejadian yang berlaku lalu hingga membawa kepada ketidakpuasan hati DAP kepada Anwar.

Contohnya keputusan dibuat oleh Anwar dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu untuk membawa dua ahli UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ke dalam PH serta mencalonkan mereka dalam PRN Melaka.

Tambahan pula, perselisihan faham dalam PKR sendiri telah menimbulkan persoalan mengenai kepimpinan PH, tambahnya.

Kuok Tiung mengimbas semula perbalahan antara bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang menjadi serius apabila Anwar mengambil alih parti itu sebagai Presiden selepas PRU14 pada 2018.

Beliau berkata persengketaan antara kedua-dua ahli PKR pada masa itu dapat diuruskan ketika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai parti pembangkang itu.

Bagaimanapun, Kuok Tiung mengakui DAP akhirnya masih perlu bertolak ansur dengan Anwar dan PKR sambil mengulangi bahawa perbalahan yang nyata dalam PH adalah cara DAP menyuarakan kekecewaannya.

Sementara itu, seorang pemimpin PKR yang enggan dikenali berkata, DAP mahu WARISAN dan PEJUANG, parti yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, menganggotai PH.

“Pada pemilihan DAP Sabah Ahad, terdapat pertembungan antara kumpulan yang mesra dengan WARISAN dan PEJUANG serta golongan yang mahukan parti-parti itu dikeluarkan.

“Kebanyakan calon yang menang kerusi jawatankuasa negeri adalah pemimpin DAP yang pro-WARISAN.  

“Jadi, saya tidak terkejut jika kepimpinan DAP sekarang menggesa Anwar untuk mengundurkan diri.

“Dengan cara ini mereka boleh membawa WARISAN dan PEJUANG masuk ke dalam PH,” katanya.

Sumber itu menambah PKR telah menjangkakan yang DAP Sabah akan meminta Anwar untuk meletak jawatan supaya dapat mencapai matlamat mereka.

Pada Isnin, setiausaha baharu DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, yang juga ketua pemuda negeri, telah menggesa perubahan dalam kepimpinan PH di peringkat nasional. Beliau berkata gabungan itu perlu ‘kapten’ baharu untuk membantu ia pulih sebelum PRU15, yang akan diadakan menjelang September 2023.

Beliau berkata gabungan itu sedang retak menanti belah daripada ketidaksefahaman sekarang.

Beliau menekankan semua parti pembangkang termasuk WARISAN, PEJUANG, MUDA, harus disatukan dalam PH menjelang PRU15.

Dalam PRN Melaka pada Sabtu lalu, PH hanya menang lima daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Kesemua kerusi itu dimenangi oleh calon DAP.

Ahli komponen PH yang lain, PKR dan AMANAH, kalah di semua DUN yang mereka mereka tandingi.

Semalam, Anwar berkata beliau bertanggungjawab atas kekalahan PH pada pilihan raya Melaka.  - The Vibes, 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad