web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka Buktikan Demokrasi Malaysia Lebih Positif

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 5:49PM

Kempen digital tanpa bersemuka berjaya mewujudkan segmentasi baharu dalam perang saraf. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik menang, kalah, gembira dan sedih yang melatari keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, sedar atau tidak, kempen proses pemilihan itu yang berlangsung kira-kira dua minggu, membuktikan amalan demokrasi negara menuju ke arah lebih positif.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, walaupun peratusan keluar mengundi tidak menepati sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), prosedur operasi standard (SOP) dirancang memperlihatkan negara sudah mula mengadaptasi norma terkini.

Katanya, kemampuan mengadaptasi  itu menyaksikan amalan demokrasi dan kepentingan negara berjaya dilaksanakan.

“Apa lebih penting adalah kempen digital tanpa bersemuka berjaya mewujudkan segmentasi baharu dalam perang saraf, gerak saraf dan propaganda politik.

“Kreativiti dan eksplorasi idea positif calon parti untuk mendekati masyarakat pengundi secara maya membina tatacara baharu kempen politik negara,” katanya.

Noor Nirwandy berkata, inovasi perang saraf, gerak saraf dan propaganda politik pada kempen pilihan raya negeri berkenaan juga dijalankan secara lebih positif.

Malah, jelasnya, propaganda politik, seperti ‘pembunuhan’ karakter, sindiran melampau, tohmahan dan pendekatan perang saraf serta gerak saraf secara negatif tidak lagi digunakan calon bertanding, khususnya dalam kalangan muka baharu.

Menurut Noor Nirwandy, pembaharuan itu perlu dikekalkan kerana propaganda politik adalah menjalankan kempen yang positif dan memfokuskan kepada kepentingan rakyat sepenuhnya.

“Teras Keselamatan Negara melalui Dasar Keselamatan Negara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga  menggariskan kepentingan kestabilan sosio politik, antaranya melalui membudayakan persekitaran politik sihat dan matang.

“Keselamatan politik perlu dijayakan calon dan pemimpin parti untuk terus meyakinkan masyarakat terhadap kemampuan ahli politik negara,” katanya. - Getaran, 21 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad