web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sulaiman Buang Undi Di Sekolah Sendiri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:40AM

Sulaiman membuang undi di sekolah dan kelas semasa beliau di bangku persekolahan di SK Durian Daun. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali teruja apabila mengundi di kelasnya sendiri.

Sulaiman berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun (K) adalah tempatnya belajar dari Tahun Satu hingga Enam dan hari ini, beliau kembali semula ke kelas sama bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam memilih kerajaan Melaka.

“Saya gembira apabila berpeluang sekali lagi mengundi di sekolah dan kelas saya sendiri.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan saya di saluran tiga dan lokasi pengundian di kelas sama ketika saya berada di Tahun Tiga. Kebetulan juga saya adalah calon ketiga dalam kertas undi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sulaiman selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K) di sini pada jam 9.05 pagi.

Beliau tiba menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) kira-kira 8.42 pagi tadi bersama isteri, Datin Seri Munira M Yusop.

Dalam pada itu, Sulaiman menyeru agar rakyat negeri Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini.

Beliau berkata, peluang terbabit perlu digunakan sebaiknya bagi menentukan kerajaan pentadbir.

“Pada yang belum keluar undi, ini masa terbaik untuk keluar. Saya mohon pengundi datang sebab inilah Pilihan Raya Umum (PRU) untuk Melaka dan kalau ada pun selepas ini, mungkin pada tahun 2026.

“Kita perlu undi untuk memilih kerajaan yang stabil, kukuh dan boleh menjamin masa depan rakyat,” katanya.

Bagi kerusi DUN Lendu, beliau bersaing dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Mejar (B) Abdullah Mahadi dan Mohamad Asri Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC