web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: 31 Pusat Pengundian Awal Dibuka Mulai 8 Pagi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 8:25AM

Seorang anggota polis menunjukkan jarinya yang telah disapu dakwat kekal setelah selesai membuang undi awal hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuka tirai tepat jam 8 pagi ini membabitkan 11,557 anggota polis, tentera dan pasangan mereka di seluruh negeri.

Ia berlangsung di 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) dalam 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negeri yang dijadualkan berakhir pada jam 5.30 petang ini.

Antara lokasi yang terlibat adalah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Sekolah Kebangsaan Kem Terendak I dan II,  Dewan Sri Beruang Kem Askar Wataniah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin selain beberapa balai polis.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), pengundi awal adalah membabitkan 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis di seluruh negeri.

Proses pengundian berlangsung dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.

Pengundi perlu mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, melakukan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan serta mengimbas kod QR MySejahtera sebelum masuk ke PPA. - Getaran 16 November 2021
 

Seorang pegawai polis memeriksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Seorang pegawai polis memeriksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Pengundi awal mendaftar sebelum mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Pengundi awal mendaftar sebelum mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Para pengundi awal menunggu giliran untuk mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Para pengundi awal menunggu giliran untuk mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Seorang anggota polis sedang mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Seorang anggota polis sedang mengundi. - Gambar oleh Alif Omar
Anggota polis yang telah selesai mengundi menunjukkan jari yang disapu dakwat kekal. - Gambar oleh Alif Omar
Anggota polis yang telah selesai mengundi menunjukkan jari yang disapu dakwat kekal. - Gambar oleh Alif Omar
Para anggota polis yang selesai membuang undi awal menunjukkan jari yang telah disapu dakwat kekal. - Gambar oleh Alif Omar
Para anggota polis yang selesai membuang undi awal menunjukkan jari yang telah disapu dakwat kekal. - Gambar oleh Alif Omar

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan