web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka, Manifestasi Ego UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 8:00AM

Bendera parti BN mula dipasang menjelang Hari Penamaan Calon bagi PRN Melaka ketika tinjauan semalam. - Gambar Bernama


Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Wah! Hebat UMNO.

Yakin sungguh parti keramat Melayu ini dengan kekuatannya untuk mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa sokongan rakan-rakan di blok kerajaan.

Tergamak pula UMNO membelakangi sekutu rapatnya, PAS yang menghulur tongkat untuk kembali berdiri menerusi Muafakat Nasional (MN), selepas tersungkur pada Mei 2018.

Agaknya inilah yang dikatakan orang, bagai melepas anjing tersepit.

Namun, jika kita menyingkap sejarah politik Melaka, tindakan UMNO yang enggan memberikan kesempatan kepada sekutunya untuk bertanding secara ‘satu-lawan-satu’ di sini bukanlah memeranjatkan.

Sebaliknya, negeri ini, seperti dua lagi negeri di selatan Semenanjung tanah air iaitu Negeri Sembilan dan Johor adalah kubu kuat parti keramat Melayu itu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Sejak pilihan raya pertama negeri pada tahun 1955, yang menyaksikan Melaka pada ketika itu hanya mempunyai lapan sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), UMNO tidak pernah gagal untuk menjadi parti pemerintah di negeri ini.

Kekuatan UMNO di Melaka terserlah pada PRU 2004 dan 2008 ketika ia memenangi 18 daripada 28 kerusi DUN di negeri itu.

Berbeza pula dengan nasib PAS yang hanya berjaya memenangi kerusi pertamanya, Tanjung Minyak pada PRU 1974, itu pun ketika ia bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN).

Kerusi keduanya pula tiba 39 tahun selepas itu, iaitu pada PRU 2013 menerusi kemenangan di DUN Bukit Baru dengan majoriti tipis sebanyak 48 undi.

Ia adalah hasil kerjasama PAS yang menganggotai Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Bagaimanapun, tersungkurnya gergasi ini pada 9 Mei 2018, bukan sahaja di bumi Melaka malah di 10 lagi negeri, adalah disebabkan pertembungan tiga penjuru yang membabitkan PKR, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bagaikan tidak belajar daripada kesilapan lalu, UMNO masih mahu melayan egonya sehingga tidak peduli pertembungan tiga penjuru sesama rakan sendiri.

Hebat. Persis ‘Abang Long’ sejati.

Nampaknya, segala ‘perkembangan positif’ perihal pembahagian kerusi yang kerap dijaja oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sebelum ini hanyalah sekadar omongan kosong sahaja.

Cuma, tidakkah UMNO sedar bahawa di peringkat Persekutuan, PAS mempunyai 18 kerusi parlimen dan mampu meruntuhkan kerajaan sedia ada jika parti Islamis itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Naib Presiden UMNO?

“Mudah-mudahan kekalahan UMNO di Melaka akan banyak mengajar politik jujur dan bersih kepada UMNO,” tegas ahli Dewan Ulama PAS, Mokhtar Senik menerusi hantaran Facebooknya.

Berdasarkan senario PRN Melaka ketika ini, adalah tidak mustahil jika UMNO sekali lagi tersungkur berikutan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini bersama PN, mengarahkan ahlinya untuk mengundi calon PN walaupun bertembung dengan UMNO.

“Amanatnya kita (kepada ahli) mendukung PN, dan PAS telah bersetuju akan bersama PN dalam pertandingan ini,” ujar Abdul Hadi dalam satu sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-67 di Kuala Terengganu, semalam.

Pendek kata, semoga berjaya UMNO. -  Getaran, 7 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95