Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Status 2 Bekas ADUN UMNO di PRN Melaka Diumum Esok - Anwar

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 10:11PM

Anwar Ibrahim mengesahkan, perkara terbabit akan dimuktamadkan tengah malam ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bertanding atas tiket gabungan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini berada di peringkat akhir perbincangan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan, perkara terbabit akan dimuktamadkan tengah malam ini, sebelum keputusannya diumumkan esok.

“Setakat ini PKR pilih satu (ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka) manakala AMANAH pilih satu dan kita akan muktamadkan serta umumkan perkara ini pada esok pagi bersama Mohamad Sabu.

“Mereka bukan lagi ADUN dan memerlukan mandat baharu. Perbincangan masih lagi dilakukan sama ada kita menolak mereka atau memberi ruang dengan syarat dasar dan kepelbagaian yang kita amalkan,” katanya pada sidang media secara maya, malam ini.

Terdahulu, dua pemimpin terbabit iaitu Bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) mengesahkan masih belum menerima kata putus untuk menghadiri pengumuman penyertaan mereka ke dalam gabungan pembangkang

Idris berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang isyarat daripada Anwar, terutama membabitkan program pengumuman penyertaan ke dalam PH, apatah lagi pengumuman calon blok itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Nor Azman pula mengakui, tetap menaruh harapan untuk diterima menjadi ahli parti komponen itu tetapi setakat ini belum menerima sebarang isyarat daripada Anwar.

Jelasnya, hati pengundi tidak mampu dibaca oleh sesiapa pun tetapi beliau yakin keyakinan mereka terhadap mana-mana calon PRN mampu diraih melalui keikhlasan bekerja untuk rakyat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sebarang keputusan dibuat akan mengambil kira tindakan mereka sebelum ini yang menyatakan sokongan terhadap PH, bagi mengembalikan mandat parti itu untuk mentadbir Melaka.

Justeru, beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, tidak wujud dakwaan dua bekas ADUN yang menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu melakukan tindakan lompat parti.

“Dalam konteks rundingan ia telah dilakukan oleh Pengerusi PH negeri Melaka, Adly Zahari selama berbulan-bulan tanpa melibatkan kita di peringkat pusat. Kita akur dengan alasan dan ungkapan baik yang dijelaskan oleh Adly bahawa mereka mahu mengembalikan mandat PH.

“Walaupun terdapat pelbagai perbezaan dan pandangan namun kita menghormati suasana itu secara bersama dan berpendapat bahawa isu lompat parti tidak berbangkit kerana DUN sudah pun dibubarkan,” ujarnya.

Semalam Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, dilaporkan berkata penerimaan PH terhadap kedua-dua bekas ADUN terbabit masih samar kerana PH negeri belum mendapat pengesahan rasmi daripada Majlis Presiden PH, sama ada menerima penyertaan mereka ke dalam parti komponen PH atau sebaliknya.

Isnin lalu, Anwar dilaporkan berkata, nasib Idris dan Nor Azman untuk bertanding mewakili PH pada PRN Melaka masih dalam perbincangan. - Getaran, 5 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

2

Semasa 20 jam yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

3

Semasa 22 jam yang lalu

Lawatan Anwar Ke China Untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala - Zambry

4

Semasa 1 hari yang lalu

UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRN 6 Negeri - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Martabak RM20 Tular, Netizen Kata Melampau, ‘Ini Harga Kayangan’

oleh Farhana Farush

Semasa 20 jam yang lalu

Pelajar Tahfiz Kongsi Pengalaman Jadi Imam Di Kampung Orang Asli

Sukan 38 minit yang lalu

SUKMA: Pengecualian Kabaddi, Silambam Keputusan Kolektif, Saya Tidak Boleh Menolaknya

Sukan 1 hari yang lalu

Malaysia Benam Hong Kong 2-0, Tutup Siri Aksi Persahabatan Dengan Bergaya